MADINAH AL-MUNAWWARAH | Madinah al-Munawwarah , salah satu daripada 13 wilayah di dalam kerajaan Arab Saudi berdasarkan sistem pembahagian wilayah di Arab Saudi. Lihat Arab Saudi. | UMUM | |
PERLEMBAGAAN MADINAH | undang-undang untuk penduduk madinah | AGAMA | Dasar |
MADINAH | Madinah, kota yang terletak di kawasan oasis di Arab Saudi. | AGAMA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SAFIYYAH BINT HUYAY | Safiyyah bint Huyay (?–50 H. / ?–670 M.), salah seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w. Nama sebenarnya ialah Safiyyah bint Huyay ibn Akhtab. Dia berasal daripada keturunan Yahudi Bani Nadir yang tinggal di Madinah. Dia diusir dari Madinah bersama kaumnya ke Khaybar. Ayahnya telah bekerjasama menyokong kumpulan Ahzab untuk menentang orang Islam dan telah dihukum bunuh bersama Bani Qurayzah. Safiyyah dikahwini oleh Salam ibn Mashkum al-Qarziy dan kemudiannya bercerai. Seterusnya dia dikahwini oleh Kinanah ibn al-Rabi‘ al- Nadriy. Kinanah terbunuh dalam Perang Khaybar pada tahun ketujuh Hijrah apabila tentera Islam mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut. Safiyyah ialah salah seorang tawanan perang tersebut. Dia dimiliki oleh Dahiyyah ibn Khalifah al- Kalbiy tetapi Rasulullah s.a.w. membebaskannya lalu diislamkannya dan dikahwininya. Hadith yang diriwayatkannya daripada Rasulullah adalah sedikit iaitu 10 hadith. Dia meninggal dunia di Madinah pada zaman pemerintahan Khalifah Mu’awiyah. Lihat Isteri- isteri Rasulullah s.a.w. | UMUM | |
PERJANJIAN HUDAIBIYAH | Perjanjian antara penduduk Islam Madinah yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. dengan Suhail bin 'Amr, wakil pihak Musyrikin Makkah. | AGAMA | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
SALMAN AL-FARISIY | Salman al-Farisiy ( ? –36 H./ ? –656 M.) ialah salah seorang sahabat nabi yang berasal daripada golongan Ansar yang menetap di Madinah (dulu Yathrib atau Tayyibah). Dia berketurunan Parsi dari Isfahan. Sebelum Islam, dia berpindah ke Syam, al-Mosul, Nasibyan dan ‘Umuriah untuk mencari pegangan yang boleh menenangkan jiwanya. Dia bergaul dengan para pendeta dan banyak membaca buku karangan orang-orang Parsi, Rom dan Yahudi. Kesemua buku tersebut tidak berjaya menyelamatkannya daripada arus kesesatan. Akhirnya dia menuju ke negeri Arab. Semasa dalam perjalanan ke sana, dia berjumpa dengan serombongan penyamun Bani Kalb. Mereka menculiknya lalu menjualnya kepada seorang Yahudi. Akhirnya dia dibawa ke Madinah dan dipaksa bekerja di ladang. | UMUM | |
MALIK IBN ANAS | Malik ibn Anas (93 H.– 79 H./712 M.– 795 M.), ialah imam di Madinah dan pengasas Mazhab Malik ibn Anas. Nama sebenarnya ialah Malik ibn Anas ibn Malik ibn ‘Amir al-Asbahiy al-Madaniy. Dia berketurunan Arab asli daripada golongan tabi‘in. | UMUM | |
PERANG UHUD | Perang Uhud berlaku pada bulan Syaaban, tahun ketiga Hijrah /625 M. antara orang Islam dengan kaum musyrikin Makkah. Antara punca berlaku peperangan ini ialah kaum Quraisy mahu membalas dendam selepas kekalahan mereka di dalam Perang Badar. Dengan demikian, kaum Quraisy seramai lebih kurang 3000 orang keluar menuju ke Madinah. Rasullulah s.a.w. segera bermesyuarat dengan para sahabat sama ada mereka perlu keluar dari Madinah atau bertahan di dalam kota. Pendapat majoriti mahu kaum muslimin menghadapi pihak Quraisy di luar kota Madinah. Orang Islam menuju ke Bukit Uhud dengan tentera seramai 1000 orang. Tetapi semasa di pertengahan jalan, ‘Abdullah ibn ‘Ubay ibn Sulul berjaya melemahkan semangat 300 orang tentera Islam. Mereka kembali semula ke Madinah. | UMUM | |
ANSAR | Ansar ialah nama yang diberikan kepada suku Aws dan Khazraj dan orang yang menyokong mereka di kalangan penduduk Madinah yang beriman dengan Allah S.W.T. dan membantu Rasul- Nya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (masuk Islam) di antara orang- orang Muhajirin dan Ansar …” ( Surah al-Tawbah 9: 100) | UMUM | |
‘ABDULLAH IBN AL-ZUBAYR | Abdullah ibn al-Zubayr (? –73 H./? –692 M.), sahabat yang mulia dan orang yang pertama lahir di Madinah selepas hijrah. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah ibn al-Zubayr ibn al-‘Awwam ibn Khuwailid ibn ‘Abd al-‘Uzza ibn Qusay ibn Kilab ibn Murrah al-Quraisyi al-Asadi. Bapanya al-Zubayr ibn al-‘Awwam, ialah salah seorang daripada kumpulan yang dijamin syurga dan pembantu Rasulullah SAW. Ibunya Asma’, anak perempuan Abu Bakar al-Siddiq. Neneknya ialah Safiyyah, ibu saudara Rasulullah SAW dan ibu saudaranya ialah ‘Aisyah, Umm al- Mu’minin. Nenek saudaranya pula ialah Khadijah bint Khuwaylid, Umm al-Mu’minin yang pertama. | UMUM | |