Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata madya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIDDIQIY, MUHAMMAD NAJATULLAH

Siddiqiy, Muhammad Najatullah (1350 H.– / 1931 M.– ),

pemikir Islam dari Arab Saudi. Dia lahir di bandar Kurakubur, India.

Dia ialah tokoh penting yang membina fahaman

ekonomi Islam moden. Dia mendapat pendidikan

rendah, menengah dan sains di Sekolah

Islamiyyah Universiti Allahabad yang terletak di

Kurakubur, kemudian mendaftar di Ma‘had

Thanawiy li al-Dirasat al-Islamiyyah. Di situ dia

belajar dengan mendalam ilmu tafsir, hadith, fiqh

dan bahasa Arab selama lima tahun. Dia menamatkan

pengajiannya di ma‘had tersebut pada tahun 1955.

Kemudian dia menuntut di Universiti Islam Aligarh sehingga

berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1958 dan

memperoleh Ijazah Sarjana pada tahun 1960, serta Ijazah Kedoktoran

dalam bidang ekonomi pada tahun 1966. Seterusnya dia bertugas sebagai

pensyarah di Universiti Islam Aligarh, dan dilantik

sebagai Profesor Madya pada tahun 1975.

UMUM 

Kembali ke atas