Pulau Magnetic terletak di antara Terumbu Sawar Besar dengan pantai Queenslands, Australia , lebih kurang 10 kilometer ke timur laut Townsville. Pulau ini ialah sebuah taman negara dengan keluasan 50 kilometer persegi. Sebahagian besar pulau itu bergunung-ganang dan dipenuhi hutan tebal. Namun terdapat perkampungan di pantai yang popular sebagai tempat peranginan dan pelancongan. Sebahagian penghuni pulau ini menjalankan perniagaan hotel dan rumah tetamu manakala yang lainnya menanam dan menjual nanas dan betik. |