| MESMER, FRANZ ANTON | Mesmer, Franz Anton (1734–1815) ialah doktor Austria yang merintis amalan hipnotisme. Dia mengembangkan teori yang dinamakan “kemagnetan haiwan” yang kemudiannya dinamakan pemukauan (mesmerisme). Mesmer percaya terdapat cecair misteri yang boleh menembusi semua tubuh. Cecair ini membolehkan seseorang itu mempunyai kuasa, iaitu pengaruh “magnetik” ke atas orang lain. | UMUM | |