MAHARAJA | Maharaja ialah pemerintah bagi sebuah empayar atau kumpulan negara atau negeri. Seseorang raja selalunya hanya memerintah satu daerah atau sekumpulan rakyat tetapi seorang maharaja memerintah beberapa daerah atau kumpulan rakyat. | UMUM | |
MAHARAJA MEIJI | Maharaja Meiji (1852–1912), Maharaja Jepun (1867–1912). Nama sebenar baginda ialah Mutsuhito. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MIKADO | Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang bermaksud pintu yang disanjungi. Penggunaan istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun mula menggelar maharaja mereka Tenno, yang bermaksud Maharaja dari Syurga. Maharaja tidak dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan pemerintahan mereka pada masa kini dikenali dengan nama yang dipilih khas untuk mereka. Maharaja Hirohito dikenal dengan nama Tenno Showa atau Maharaja Showa. | UMUM | |
TIBERIUS | Tiberius (42 S.M.–37 M.) ialah maharaja Rom pada zaman Jesus Christ. Nama penuhnya ialah Tiberius Claudius Nero. Baginda ialah maharaja Rom yang kedua. Baginda menggantikan Maharaja Augustus, iaitu bapa angkat dan bapa tirinya. Tiberius merupakan pemerintah tentera yang berjaya di bawah pemerintahan Augustus. | UMUM | |
AGRIPPINA THE YOUNGER | Agrippina the Younger (15 M.–59 M.) ialah salah seorang wanita paling berkuasa pada zaman Rom purba. Agrippina ialah cucu kepada Maharaja Augustus dan adik Maharaja Caligula. Dia juga kuat mempengaruhi dua Maharaja Rom yang lain – suaminya Claudius dan anaknya Nero. | UMUM | |
KUPU-KUPU MAHARAJA | Kupu-kupu maharaja ialah kupu-kupu Eropah yang hidup di kawasan heath. Yang jantan lebih kecil daripada yang betina, dengan bukaan sayapnya berukuran 6.8 sentimeter berbanding dengan bukaan sayap kupu-kupu betina 7.8 sentimeter. | UMUM | |
KUPU-KUPU GALA MAHARAJA | Kupu-kupu gala maharaja hidup di timur Australia dari utara Queensland hingga ke Tasmania. Dengan bukaan sayapnya sehingga kira-kira 12 sentimeter, ia kelihatan seperti kelawar apabila ia terbang mengelilingi lampu di jalan pada waktu malam. Kebanyakannya berwarna kekuningan malap. | UMUM | |
MAHARAJA ABU BAKAR | MAHARAJA ABU BAKAR (1833–1995), sultan dan pelopor pemodenan Johor. Baginda diputerakan pada 3 Februari 1833. Baginda adalah putera Temenggung Seri Maharaja Johor Daeng Ibrahim atau Daeng Ronggek. Apabila Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862, jawatan temenggung disandang oleh puteranya, Abu Bakar. Abu Bakar yang pada mulanya memakai gelaran Temenggung, kemudian memakai gelaran Maharaja, pada tahun 1868. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATO' MAHARAJA LELA | DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LIMO (? – 1877), Orang Besar Kelapan Perak. Nama Dato’ Maharaja Lela yang sebenarnya ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tun Mahmud. Dia ialah pembesar yang keenam dan terakhir menggunakan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putera. Selepas kematiannya, gelaran itu telah diubah kepada Orang Kaya Mahakurnia Indera Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MAHARAJA PERBA JELAI | MAHARAJA PERBA JELAI (? - ?), pemerintah Jelai, dalam kerajaan Melayu Pahang. Nama sebenarnya ialah Datuk Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai, atau lebih dikenal dengan panggilan Tuk Raja. Daerah kekuasaannya meliputi Tanjung Lindung di hilir, berhampiran dengan Jerantut hingga ke sempadan Perak dan hulu Kelantan di bahagian hulu. Daerah ini telah dibeli olehnya daripada Sultan Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |