Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mahawangsa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA SASTERAKarya
KESULTANAN KEDAH

KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SULTAN MUZAFFAR SYAH I

Sultan Muzaffar Syah I ( ?–1179) ialah Sultan

Kedah yang pertama (1136–1179). Nama baginda

sebelum memeluk agama Islam ialah Maharaja

Derbar Raja atau Raja Phra Ong Mahawangsa. Pusat

pentadbiran Kedah terletak di Bukit Meriam, Kuala

Muda dan nama Kedah pula pada masa itu ialah

Qalha. Sultan Muzaffar Syah I terkenal kerana usaha-usaha

baginda mengembangkan agama Islam di

Kedah.

UMUM 
SULTAN MUZAFFAR SYAH ISULTAN MUZAFFAR SYAH I ( ? -1179), Sultan Kedah yang pertama (1136-1179).  Baginda adalah Sultan Kedah yang pertama memeluk Islam.  Nama baginda sebelum Islam ialah Maharaja Derbar Raja atau Raja Phra Ong Mahawangsa.  Pada masa itu, pusat pentadbiran Kedah terletak di Bukit Meriam, Kuala Muda.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SEJARAH MELAYU

SEJARAH MELAYU, karya persejarahan Melayu klasik.  Sejarah Melayu adalah antara teks Melayu yang tertua dan karya terpenting antara beberapa teks klasik seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Banjar, Hikayat Acheh, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Patani dan Tuhfat al-Nafis.

SASTERAKarya
LANGKASUKA

LANGKASUKA, kerajaan Melayu yang tertua pernah   wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut catatan China, Liang-shu, Langkasuka wujud sekitar abad ke-2 M. Hikayat Merong Mahawangsa  mencatatkan bahawa kerajaan ini terletak di bahagian barat negeri Kedah, iaitu di sekolah kaki Gunung Jerai. Daripada catatan China dan Arab, juga gali selidik yang dijalankan, di dapati kedudukan Langkasuka lebih kurang 4 km dari pekan Yarang di tebing kanan Sungai Patani di selatan negara Thai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SITI HAWA HAJI SALLEH

SITI HAWA HAJI SALLEH (1940-       ), penyelidik kesusasteraan Melayu klasik.  Dia lahir pada 1 Mei 1940 di Alor Setar, Kedah.  Setelah mendapat pendidikan di Sultanah Asma School dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, dia meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Melayu (1961-1963).  Dia mendapat ijazah sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1966 dengan disertasi bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Kajian Teks.  Pada tahun 1971 hingga tahun 1995, dia berkhidmat di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia.  Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari UKM pada tahun 1994.  Pada tahun yang sama, Siti Hawa dilantik sebagai profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional di Jabatan Persuratan Melayu, UKM.  Setelah bersara wajib pada tahun 1995, dia meneruskan tugas di tempat yang sama sebagai profesor kontrak.

SASTERATokoh

Kembali ke atas