ALAT MAIN PIRING HITAM | Alat main piring hitam ialah peranti yang mengeluarkan semula bunyi yang telah dirakamkan pada piring hitam. Alat main piring hitam juga dikenali sebagai gramofon atau peti nyanyi . Alat ini digunakan secara meluas bagi memainkan muzik rakaman untuk didengar dan ditarikan. Di samping muzik, orang ramai turut mendengar piring hitam untuk persembahan drama, pembacaan puisi, dan ucapan. Kebanyakan stesen radio menggunakan alat main piring hitam bermutu tinggi untuk memainkan piring hitam bagi siaran menerusi gelombang udara. | UMUM | |
MAIN PUTERI | Main Puteri ialah suatu cara pengubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Kelantan dan Terengganu. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MAIN PETERI | MAIN PETERI, suatu cara pengubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Kelantan dan Terengganu. Sesetengah masyarakat Melayu percaya bahawa ada penyakit yang disebabkan oleh semangat dan kuasa ghaib dan memerlukan bomoh atau dukun untuk mengubatinya. | BUDAYA | Kepercayaan |
MAINZ | Mainz (pend.188 571) ialah bandar perdagangan dan perindustrian di barat daya Jerman. Ia terletak di pertemuan Sungai Rhine dengan Sungai Main. Untuk lokasi, lihat Jerman (peta politik). Mainz ialah ibu negeri Rhineland-Palatinate. | UMUM | |
KUCING | Kucing ialah haiwan kesayangan kegemaran manusia di seluruh dunia. Kucing adalah pintar dan mempunyai sifat berdikari. Haiwan kecil ini juga suka bermain-main dan menghiburkan. Banyak kucing dijadikan haiwan kesayangan yang penyayang, setia, dan menjadi teman bagi manusia semua peringkat umur. | UMUM | |
TUK SELAMPIT | TUK SELAMPIT, tukang cerita atau penglipur lara di Kelantan. Di tempat-tempat tertentu ia dikenal juga dengan panggilan raja dera, kerana kebanyakan tuk selampit gemar membawa cerita sedih tentang seorang raja yang didera. Cerita yang disampaikan oleh tuk selampit kadangkala merupakan adunan cerita makyung dan menora. Ada juga cerita yang dipetik daripada main peteri. Malah penceritaan tuk selampit memperlihatkan gaya yang merupakan campuran gaya penyampaian makyung, menora, wayang kulit dan main peteri. Hal ini tidak dapat dielak memandangkan semua seni pentas tradisi ini berasal dari kawasan yang sama dan berkembang. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
BERHANTU | BERHANTU, upacara pengubatan yang melibatkan bantuan hantu. Upacara berhantu yang paling ringkas ialah gebiah manakala yang paling kompleks ialah main peteri. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
CATUR MELAYU | CATUR MELAYU, sejenis permainan dalam rumah yang dikenal di kalangan masyarakat kampung sebagai main harimau kambing. Permainan ini sangat digemari oleh orang muda dan tua di kampung pedalaman Malaysia pada masa dahulu. | BUDAYA | Permainan/Sukan/Rekreasi |
MAINE | Maine (pend. 1 233 223) ialah sebuah negeri di timur laut Amerika Syarikat. Luasnya 86 156 kilometer persegi. Bandar-bandar terbesarnya ialah Portland, Lewiston dan Bangor. Augusta ialah ibu negerinya. Nama Maine mungkin bererti mainland (tanah besar) dalam bahasa Inggeris. Penjelajah- penjelajah awal Inggeris menggunakan istilah The Main untuk membezakan tanah besar daripada pulau-pulau di luar pantai. | UMUM | |
SCHUSTER, SIR ARTHUR | Schuster, Sir Arthur (1851–1934) ialah ahli fizik yang menyumbang terhadap penemuan elektron. Dia mencadangkan bahawa kuasa pengaliran di atmosfera atas bumi disebabkan oleh sinar ultraungu dari matahari. Dia adalah profesor di Manchester University, England, tempat dia membina sebuah makmal. Schuster lahir di Frankfurt am Main di Jerman, tetapi berhijrah ke Manchester, England semasa berumur 19 tahun. Pada mulanya dia menceburi bidang perniagaan, tetapi kemudiannya beralih kepada bidang sains yang dipelajarinya di Owens College, Manchester, dan di University of Heidelberg, Jerman. | UMUM | |