MAJAPAHIT | | UMUM | |
ARU (HARU) | Kerajaan lama yang berpusat di daerah Deli moden dan disebut sebagai negeri jajahan Majapahit dalam Negarakertagma (1365). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
KIDUNG | KIDUNG, puisi yang digunakan pada zaman kesusasteraan Jawa Pertengahan, iaitu pada zaman kegemilangan Majapahit sehingga abad ke-17. Kidung juga dikenal sebagai tembang atau nyanyian. Pada zaman kesusasteraan Jawa Kuno yang bermula lebih kurang pada abad ke-8 hingga awal kerajaan Majapahit. Bentuk puisi yang digunakan ialah ‘kakawin’ manakala dalam zaman kesusasteraan Jawa baru pula ialah `tembang macapat’. | SASTERA | Konsep |
SENOPATI | SENOPATI ( ? -1601), pengasas Kesultanan Mataram (1582-1601). Mataram muncul selepas keruntuhan kerajaan Majapahit pada abad ke-16. Mataram pada asalnya adalah sebuah daerah di Jawa Tengah dan menjadi sebahagian daripada kerajaan Majapahit. Kelemahan pemerintahan kerajaan Majapahit pada penghujung abad ke-16, menyebabkan banyak tanah jajahannya seperti Pajang, Jipang, Surabaya dan Demak membebaskan diri. Antara negeri yang terbesar ialah Pajang dan Jipang. Kedua-duanya bersaing hebat dan bermusuhan. Dalam proses pertelingkahan itu, Pajang yang dipimpin oleh Pangeran Adiwijoyo telah dibantu oleh Kiai Gadai Pemanahan. Sebagai menghargai jasanya mengalahkan Jipang, Mataram telah dihadiahkan kepadanya. Sejak itu, Mataram mula berkembang dan membangun menjadi sebuah negeri yang kuat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HIKAYAT RAJA PASAI | HIKAYAT RAJA PASAI, sastera hikayat berunsur sejarah. Hikayat ini mengisahkan sejarah negeri Pasai ketika negeri itu mula dibuka hinggalah Pasai jatuh diserang oleh Majapahit. | SASTERA | Karya |
TANJUNG PURA | TANJUNG PURA, ibu kota kerajaan Hindu Nagara Dipa, di Kalimantan, Indonesia. Tanjung Pura terletak di hulu Sungai Nagara di sekitar Amuntai sekarang, termasuk dalam Propinsi Kalimantan Selatan. Nagara Dipa ialah sebuah kerajaan bercorak Hindu. Rajanya Ampu Jatmika pernah mengirim utusan ke negeri China untuk mendapatkan seorang ahli pembuat patung logam, untuk menggantikan patungnya yang diperbuat daripada kayu. Utusan yang dikirimkan itu membawa hasil Nagara Dipa seperti intan, mutiara, damar, madu dan orang utan. Selain itu, Nagara Dipa juga mempunyai hubungan dengan Majapahit, kerana pengganti Ampu Jatmika adalah Raden Putra, seorang keturunan Majapahit yang berkahwin dengan puteri Junjung Buih. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PARARATON | PARARATON, hasil sastera sejarah yang berbentuk prosa yang ditulis dalam bahasa Jawa Tengahan. Separuh bahagian permulaannya menceritakan kisah Ken Angrok dari lahirnya hingga menemui ajalnya. Menurut cerita, Ken Angrok dikatakan anak yang ajaib. Apabila dewasa, dia menjadi seorang yang sangat jahat. Akhirnya dia menaiki takhta Tumapel yang kemudian dikenal sebagai Singasari dengan gelaran Prabu Ronggah Rajasa. Dia juga diberi gelaran sebagai Sri Girindratanya. Ken Angrok dikatakan menjadi leluhur raja-raja Majapahit. Bahagian akhir kitab Pararaton memaparkan keadaan kerajaan Majapahit sejak awal hingga menghampiri keruntuhannya. | SASTERA | Penerbitan |
BALAMBANGAN | BALAMBANGAN, kerajaan Hindu yang terakhir selepas kejatuhan kerajaan Majapahit dan penyebaran agama Islam antara abad ke-15 hingga abad ke-16, terletak di timur Pulau Jawa. Penyisihan Balambangan dari dunia Islam telah berakhir dengan sebuah legenda yang terdapat dalam Sejarah Melayu yang menghubungkaitkannya dengan kemunculan sebuah kerajaan Islam di Giri. Mengikut legenda ini, seorang pendakwah Islam dari Pasai yang bernama Maulana Ishak telah berkahwin dengan puteri pemerintah Balambangan. Keengganan pemerintah Balambangan memeluk Islam, menyebabkan Maulana Ishak meninggalkan negeri itu. Walaupun telah ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya, Raden Paku, putera Maulana Ishak, telah dibesarkan sebagai seorang Islam. Setelah menyempurnakan ibadat haji, Raden Paku telah mendirikan sebuah masjid di Giri dan akhirnya baginda ditabalkan sebagai Sunan Giri yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
EJAAN DAN TULISAN KAWI | EJAAN DAN TULISAN KAWI, sistem ejaan yang berasal daripada bahasa Kawi, salah satu bahasa kuno yang ada kaitannya dengan sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Beberapa tinggalan sejarah menunjukkan bahawa bahasa Kawi pernah digunakan dengan agak meluas di kebanyakan pusat pemerintahan raja-raja rumpun Melayu dalam Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara. Pengaruhnya telah bermula dan bertapak di beberapa buah istana raja seperti di Kutai, Tarumanegara, majapahit, Sriwijaya, Padjajaran, Singasari dan Mataram sejak abad pertama hingga abad ke-16, sebelum pengaruh agama Islam berkembang luas di rantau tersebut.
| BAHASA | Bahasa |
GADJAH MADA | GADJAH MADA (1293 – 1378), Matapatih kerajaan Majapahit. Tidak banyak diketahui tentang asal usulnya. Kebanyakan bahan tentang riwayat hidupnya berdasarkan kitab Pararaton dan Negarakartagama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |