TUN HABIB ABDUL MAJID | TUN HABIB ABDUL MAJID ( ? -1697), Bendahara Johor. Dia juga dikenal sebagai Tun Abdul Majid. Dia menjadi Bendahara Johor dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja. Terdapat dua versi mengenai keturunan Tun Abdul Majid. Kedua-duanya dihubungkan dengan Syed dari Hadramaut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL AZIZ ABDUL MAJID, TUN | ABDUL AZIZ ABDUL MAJID, Tun (1908-1975), Yang Dipertua Negeri Melaka yang ketiga (1971-1975). Dia lahir pada 10 Mac 1908 di Kajang, Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ZURAINA MAJID, DATO' | ZURAINA MAJID, Dato’ (1944- ), ahli arkeologi. Dia lahir pada 5 Oktober 1944 di Kuala Lumpur. Nama sebenarnya ialah Siti Zuraina binti Abdul Majid. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Baru dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Selepas itu dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dan lulus ijazah Sarjana muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Pengajian Cina pada tahun 1967. Zuraina menyambung pelajaran pada peringkat sarjana di Cambridge University, United Kingdom dan memperoleh M.A. dalam Oriental Studies pada tahun 1971. pada tahun 1978, dia memperoleh Ph.D dalam bidang antropologi dari Yale University, Amerika Syarikat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HALIMATON ABDUL MAJID, DATUK | Halimahton Abdul Majid, Datuk (1920–1980-an), tokoh politik. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu dan Inggeris di Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL MAJID ZAINUDDIN | ABDUL MAJID ZAINUDDIN (1887-1943), pegawai tadbir dan penulis. Dia lahir pada 20 Mac 1887 di sebuah kampung Melayu di Pudu, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ANN ABDUL MAJID | ANN ABDUL MAJID, Datin (1928 - ), tokoh kebajikan masyarakat. Dia lahir pada 20 Mac 1928 di Kuala Lumpur. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Baru pada tahun 1934 dan kemudian dia meneruskan persekolahan di Sekolah Convent Kuala Lumpur pada tahun 1938. Dia melanjutkan pengajian di London School of Economics dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan mendapat Diploma of Social Sciences. Dia juga mendapat Diploma in Administratration of Rehabilitation Services, Toronto, Kanada. | BUDAYA | Konsep |
HALIMAHTON ABDUL MAJID, DATUK | HALIMAHTON ABDUL MAJID, Datuk (1920 – 1980-an), tokoh politik. Dia lahir pada tahun 1920. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu dan Inggeris di Kuala Lumpur. Dia kemudian berkahwin dalam usia yang masih muda dengan Encik Muhammad bin Baba, Pegawai Daerah Rembau, Negeri Sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KESULTANAN TERENGGANU | KESULTANAN TERENGGANU, institusi kerajaan Terengganu. Kesultanan Terengganu yang wujud pada hari ini diasaskan oleh Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji mencatatkan Tun Zainal Abidin diabsahkan di atas takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1726 oleh Raja Tua atau Daeng Menampuk dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor. Buku Sejarah Darul Imam Hingga 1361H. = 1942M. karangan Dato' Haji Muhammad Salleh yang berdasarkan tulisan lama Terengganu, mencatatkan Tuan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Raja Mas Jayam Patani pada tahun 1702. Baginda diiringi oleh 80 keluarga dari Patani dan ditabalkan di Tanjung Baru, Kuala Berang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SULTAN ZAINAL ABIDIN I | SULTAN ZAINAL ABIDIN I ( ? -1733), Sultan Terengganu yang pertama (1725-1733). Baginda adalah putera Tun Habib Abdul Majid atau dikenal juga dengan Bendahara Padang Saujana. Baginda adalah pengasas kesultanan Terengganu keturunan Bendahara Johor. Berdasarkan Tahfat al-Nafis, Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua, dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
USUL AL-TAUHID | USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Mas’udi al-Banjari. Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Ma’rifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid. Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah. Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927. Manuskrip asli kitab ini belum ditemui. Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak. Cetakan tersebut dilakukan oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936. Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak. Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman. Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa, cetakan ini mengandungi 83 halaman. Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa. | SASTERA | Kitab |