Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
majlis (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,

2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABU TAMAM

Abu Tamam (190 H.?–231 H.?/806 M.?–846 M.?),

penyair yang terkemuka pada zaman kerajaan

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Habib ibn ‘Aws al-

Ta’iy. Dikatakan bahawa bapanya bernama Tadarrus

yang dahulunya seorang Nasrani. Setelah memeluk

Islam, dia menukarkan namanya kepada Aws serta

hidup dalam Kabilah Tayy’. Sebenarnya, Abu Tamam

berasal daripada keturunan Arab. Dia lahir di Jasim,

iaitu salah sebuah perkampungan Hauran di Syam

yang terletak kira-kira 40 kilometer di selatan

Damsyik. Terdapat perselisihan pendapat tentang

tarikh lahirnya. Ada pendapat mengatakan bahawa

dia lahir pada 172 H. atau pada tahun 190 H. Begitu

juga terdapat pertentangan pendapat tentang tarikh

kematian, iaitu antara 228 H. dengan 231 H. Dia

dibesarkan di Syam dalam kehidupan yang miskin.

Dia bekerja sebagai penenun kain di Damsyik.

Kemudian dia berpindah ke Hims dan seterusnya

mengembara ke Mesir. Di sana, dia bekerja sebagai

pemberi minuman kepada orang ramai di Jami’ ‘Amr

ibn al-‘As. Dia sering kali menghadiri majlis sastera

dan ilmu. Pada zamannya, Abu Tamam mempelajari

ilmu-ilmu agama, bahasa Arab dan ilmu yang

diterjemah dalam bahasa Arab seperti ilmu mantik,

falsafah dan kata-kata hikmah. Dia memiliki

kecerdikan dan ingatan yang kuat di samping idea

yang bernas. Dia meninggal dunia di Mosul, Iraq.

UMUM 
ABU HAMID AL-GHAZZALIY

Abu Hamid al-Ghazzaliy ialah pemidato Islam.

Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn

Muhammad ibn Muhammad, Abu Hamid al-

Ghazzaliy. Dia lahir di Tus. Bapanya meninggal

dunia ketika dia masih kanak-kanak. Dia dipelihara

beberapa lama oleh seorang sufi yang telah

diwasiatkan oleh bapanya. Selepas itu, dia

diletakkan di institusi kebajikan untuk tinggal dan

belajar di situ. Kemudian, dia pergi ke Naysabur

untuk mempelajari ilmu tasawuf dengan Imam al-

Faramidi. Di samping itu, dia  belajar ilmu fikah

dan ilmu kalam dengan Imam al-Haramayn.

Kemudian dia menyertai Majlis Diraja di bawah

pemerintahan menteri Saljuk tahun 478 H. (1085

M.), dan kekal di situ selama enam tahun. Kemudian

dia dipilih oleh menteri menjadi ustaz di Baghdad.

Dia mengajar di situ selama empat tahun (484 H.–488

H.). Ketika tempoh tersebut dia mengalami keraguan

tentang ilmu falsafah dan telah mengarang dua

buah buku yang berjudul: Maqasid al-Falasifah ,

yang mengemukakan falsafah al-Farabiy dan Ibn

Sina. Buku kedua berjudul Tahafut al-Falasifah , yang

mengkritik tentang falsafah al-Farabiy dan Ibn Sina.

Dia telah meninggalkan Baghdad, dan menjalani

kehidupan zuhud selama 10 tahun. Kemudian, dia

mengajar semula di Naysabur. Selepas tahun 500 H./

1106 M., dia berhenti mengajar sehinggalah hari

kematiannya.

UMUM 
DAFTAR ISTILAH MBIM

DAFTAR ISTILAH MBIM, buku daftar istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu, diterbitkan pada tahun 1986 hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam persidangan MBIM (Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia). Buku setebal 1601 halaman ini menghimpunkan lebih kurang 75 000 istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu bagi 65 bidang/ subbidang ilmu. Daftar istilah ini telah dikumpul semenjak persidangan MBIM yang ke-7 hingga ke-23 yang meliputi tahun 1974 hingga tahun 1985. Daftar ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka selaku urus setia Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia bagi negara Malaysia dalam majlis tersebut.

  

 

BAHASAKarya

Kembali ke atas