AYAT MAJMUK | Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada 2 ayat mudah atau lebih yang dihubungkan oleh kata hubung, atau dipisahkan oleh koma, koma bertindih atau titik bertindih. Contohnya diberikan seperti berikut: | BAHASA | Konsep |
MATA MAJMUK | Mata Majmuk ialah sejenis mata yang mempunyai banyak kanta kecil yang tersusun rapat- rapat. | UMUM | |
KATA MAJMUK | Kata majmuk ialah kata yang dibentuk daripada dua atau lebih kata dasar yang membawa makna yang berbeza daripada makna kata yang menjadi komponennya. | BAHASA | Konsep |
ASH GUNUNG | Ash gunung ialah nama bagi sekumpulan pokok dan pokok renek yang tumbuh di Hemisfera Utara. Ia tumbuh terutamanya di tempat tinggi. Daun ash gunung adalah daun majmuk, yang terdiri daripada beberapa anak daun yang terpisah. Bunganya yang berwarna putih tumbuh bergugus-gugus besar, leper. Buahnya yang berwarna jingga hingga merah adalah gugusan pom bak beri. | UMUM | |
PERKAMUSAN MELAYU | PERKAMUSAN MELAYU, wahana untuk mendokumentasikan kosa kata sesuatu bahasa selengkapnya atau sebahagiannya. Kamus diisusun untuk tujuan ilmiah dan praktis. Dalam kamus ilmiah didaftarkan sebanyak mungkin kata sebuah bahasa, dengan perincian maknanya, ada kalanya dilengkapi dengan kata majmuk, peribahasa dan contoh pemakaiannya. Kamus praktis disesuaikan dengan pemakai sasaran murid sekolah, golongan pemakai spesifik, misalnya kamus istilah pelbagai bidang, kamus untuk pelancong, pedagang dan lain-lainya. | BAHASA | Konsep |
DIALEK MELAYU LOMBOK | DIALEK MELAYU LOMBOK, dialek yang dituturkan oleh penduduk pesisiran Pulau Lombok yang berasal dari Kampung Melayu Bangsal, di kota Ampenan, Lombok Barat, Indonesia. Menurut tradisi lisan yang dikutip Sutama, keturunan Kampung Melayu Bangsal yang sangat majmuk terdiri daripada orang Bugis, Mandar, Banjar dan Sumatera sebagai pengasasnya. | BAHASA | Bahasa |