KEPUTUSAN MAJORITI | | UMUM | |
SYARIKAT PEMEGANGAN | Syarikat pemegangan ialah mana-mana syarikat yang memegang majoriti ataupun minoriti yang besar terhadap stok atau kuasa mengundi di dalam sesebuah syarikat lain, cukup untuk mengawal dasar-dasarnya. Syarikat pemegangan boleh mengawal pelantikan pegawai-pegawai dan boleh menetapkan dasar-dasar perniagaan. Syarikat yang di bawah kawalan syarikat pemegangan disebut syarikat subsidiari. | UMUM | |
BAHASA MELAYU PATANI | BAHASA MELAYU PATANI, bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda bagi penduduk majoriti berbangsa Melayu di Patani yang sekarang terdiri daripada wilayah Patani, Yala dan Narathiwat, dan juga daerah Chana dan daerah Thepha di wilayah Songkhla. | BAHASA | Konsep |
MENSHEVIK | Menshevik merupakan ahli satu kumpulan dalam Parti Buruh Demokrat Sosial Rusia. Pada tahun 1903, parti ini berpecah akibat pertelingkahan yang berkait dengan keahlian. V. I. Lenin, pemimpin revolusi Rusia menjadi pemimpin bolshinstvo (majoriti), atau Bolshevik. | UMUM | |
PERDANA MENTERI | Perdana menteri ialah ketua kerajaan. Ketua negara – raja atau permaisuri di negara pemerintahan beraja atau presiden di negara republik – melantik perdana menteri. Di kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh melantik pemimpin parti yang mempunyai suara majoriti dalam badan perundangan atau kerajaan campuran. Perdana menteri dan kabinet bertanggungjawab kepada badan perundangan. Ini bermakna perdana menteri dan Kabinet patut meletakkan jawatan sekiranya badan perundangan menolak peruntukan utama dasar mereka. Sistem ini dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet (lihat Kabinet ). | UMUM | |
PERANG SAUDARA IRELAND | Perang Saudara Ireland tercetus antara penyokong dan penentang perjanjian Anglo- Ireland yang ditandatangani pada bulan Disember 1921. Peperangan itu berlarutan dari bulan Januari 1922 hingga Mei 1923. Tentera kerajaan yang menyokong perjanjian memenangi peperangan yang juga disokong oleh majoriti orang Ireland. Kemenangan mereka menjamin hidupnya demokrasi berparlimen dan menyingkirkan ancaman pemerintahan diktator oleh tentera yang diinginkan oleh sebahagian pejuang yang anti- perjanjian tersebut. Peperangan itu meninggalkan kenangan pahit yang mempengaruhi parti politik Ireland sehingga kini. | UMUM | |
REAGAN, RONALD WILSON | Reagan, Ronald Wilson (1911–2004) ialah Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1981 hingga tahun 1989. Dia menganggotai parti Republikan dan pertama kali dipilih ke Rumah Putih pada tahun 1980. Reagan adalah seorang presiden yang popular. Pada tahun 1984, dia memenangi pemilihan semula sebagai presiden setelah mengalahkan calon Demokrat, Walter F. Mondale, dengan majoriti yang besar. | UMUM | |
SANTUBONG | Santubong ialah sebuah perkampungan nelayan yang memiliki pantai yang indah. Ia juga terkenal dengan Gunung Santubong setinggi 2700 kaki dari paras laut, yang menjadi salah satu tarikan pelancong ke negeri Sarawak. Ia juga merupakan kawasan beberapa penemuan arkeologi. Ukiranukiran batu daripada pengaruh Hindu-Buddha telah ditemui di lembangan sungai Santubong. Majoriti penduduknya ialah orang Melayu. | UMUM | |
PANDURANGA | PANDURANGA, sebuah negeri dalam kerajaan Campa. Majoriti penduduknya orang Cam daripada rumpun Melayu. Mereka beragama Islam dan ada juga penganut Hindu. Panduranga, khususnya kawasan Cana, terkenal sebagai kawasan garam terbesar di Campa. Panduranga juga tempat tinggalan candi seperti Po Kluang Garay dan Po Rome, dan arkib dalam bentuk manuskrip bertulisan huruf Cam, Nom dan Cina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
JEMAAH MENTERI | JEMAAH MENTERI, badan yang menjalankan kuasa eksekutif pentadbiran negara. Proses pembentukan Jemaah Menteri atau Kabinet bermula selepas pilihan raya umum, iaitu ketua parti yang mendapat kedudukan majoriti dalam Parlimen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri kemudiannya menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melantik menteri yang bertanggungjawab memegang portfolia dan juga menganggotai Jemaah Menteri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |