Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makasar

Puisi
 

Orang Arab pergi Makasar,
     Jalan kaki Kampung Cik Tahir;
Jangan harap taukeh di pasar,
     Garam sekati curi setahil.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKASAR

MAKASAR, pelabuhan terkenal pada abad ke-16. Makasar terletak di hujung barat daya Pulau Sulawesi Indonesia. Pada tahun 1525, pelabuhan Makasar dikunjungi oleh Portugis yang berminat dalam perdagangan rempah di Indonesia Timur. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, ramai pedagang Melayu khususnya dari Pahang dan Johor, telah belayar untuk berdagang dan mencari suaka di Makasar. Kehadiran para pedagang Melayu ini memungkinkan orang Makasar menguasai perdagangan di beberapa pelabuhan seperti Bantaeng, Bira dan Selayar yang menjadi saingan Makasar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ADAT PERKAHWINAN MAKASSAR

ADAT PERKAHWINAN MAKASAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Makasar di Sulawesi Selatan, Indonesia. Sejak awal abad ke-17, orang Makasar telah menerima aturan perkahwinan menurut ajaran Islam. Walaupun demikian, upacara dalam perkahwinan tetap diselenggarakan mengikut adat istiadat.

BUDAYAKonsep
KARAENG BONTOMARANNUKARAENG BONTOMARANNU (  ?  -1667), dilantik sebagai raja di Bone yang ditakluk oleh Makasar pada tahun 1644. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Semasa Sultan Hasanuddin memerintah Makasar (1653-1669), Karaeng Bontomarannu dilantik sebagai ‘Tumabicara-butta’, satu jawatan yang sama tarafnya dengan Bendahara. Semasa Bugis menyerang Makasar pada tahun 1667, Karaeng Bontomarannu memimpin angkatan Makasar menyerang Butung pada bulan November 1666. Karaeng Bontomarannu menyerah diri setelah kalah kepada Cornelis Speelman (komander tentera Syarikat Hindia Timur Belanda), pada tahun 1667. Spellman dan Karaeng Bontomarannu kemudiannya bersahabat lalu dia dibebaskan. Dia kemudian mengambil kesempatan melarikan diri.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ISLAM DI SULAWESI

ISLAM DI SULAWESI, perkembangan agama Islam di Sulawesi yang bermula pada tahun 1606, iaitu zaman Bugis-Makasar. Pada awal abad ke-17, setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis, Makasar merupakan sebuah pelabuhan terbesar di Sulawesi Selatan. Negeri dan kerajaan di Kepulauan Nusantara membuat hubungan perdagangan dengan Makasar. Melalui kegiatan perdagangan ini, Islam tersebar di Sulawesi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KARAENG GALESONG

KARAENG GALESONG, (  ?  -1679), putera Sultan Hasanuddin (m.m. 1653-1669), Raja Makasar di Goa, Sulawesi. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah anak raja pelarian Makasar yang terkenal pada abad ke-17 berikutan kekalahan Goa di tangan Arung Palakka pada tahhun 1669. Karaeng Galesong melarikan diri ke Sumbawa. Pada tahun 1673, selepas tinggal seketika di Jawa Timur, dia kembali ke Bali dan di sana dia diberi tanah. Karaeng Galesong dan pengikutnya  akhirnya kembali ke Jawa Timur dan berkahwinn dengan anak saudara perempuan pemberontak Madura, Trunajaya pada tahun 1675 selepas Trunajaya menerima persetiaan yang dibuat kerana orang Makasar terkenal sebagai perajurit yang berani. Karaeng Galesong telah membantu Trunajaya dalam beberapa peperangan untuk menguasai kota di pesisir timur Jawa antara Gresik dan Surabaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DIALEK MELAYU MAKASSARDIALEK MELAYU MAKASSAR, dialek yang berasal daripada ragam Melayu yang dituturkan pada awal abad ke-17 di bandar Makasar, Sulawesi, Indonesia. Selain bahasa Sulawesi Selatan, bahasa Melayu sudah amat luas digunakan juga di bandar yang pada ketika itu berkembang pesat sebagai pelabuhan utama dalam perdagangan rempah. Peranan bahasa Melayu pada zaman itu dapat dibuktikan dengan merujuk keterangan orang Eropah yang menyaksikan fungsi bahasa itu dan dengan membaca karya sastera Melayu yang dikarang di Makasar pada masa itu, seperti Syair Perang Makasar.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU DI SULAWESIDIALEK MELAYU DI SULAWESI, dialek yang dituturkan oleh penduduk Pulau Sulawesi, Indonesia. Dialek ini bersaing dengan 60 bahasa daerah yang terdapat di Pulau Sulawesi. Sekurang-kurangnya ada dua dialek Melayu, masing-masing dengan sejarah dan fungsi berbeza-beza. Di sekitar bandar Ujung Pandang (yang dahulu dikenal sebagai Makasar) dan di seluruh Sulawesi Selatan, dialek Melayu Makasar digunakan sebagai bahasa perhubungan antara berbagai-bagai golongan etnik. Lebih kurang 1500 km ke utara di sekitar bandar Manado dan di seluruh Sulawesi Utara, dialek Melayu Menado berfungsi sebagai bahasa perhubungan. Malahan di Semenanjung Utara Sulawesi dialek Melayu Menado sudah berperanan sebagai bahasa ibunda bagi beratus ribu orang Minahasa.BAHASABahasa
ADAT MENGARUK

ADAT MENGARUK, upacara mengalu-alukan kedatangan pemimpin atau tetamu negara atau ketika pertabalan seseorang raja atau pelantikan pemimpin yang diamalkan oleh masyarakat Bugis-Makasar.

BUDAYAKonsep
SYEIKH YUSUF TAJUL KHALWATI

SYEKH YUSUF TAJUL KHALWATI (1629-1699), ulama Indonesia.  Dia lahir pada 3 Julai di Makasar, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Abidin Tadia Tjoessop.  Dia mempunyai banyak gelaran, antaranya termasuklah Tuanta Salamaka, Abu Mahasin, Hadiayatullah dan Tajul Khalwati.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MARIANNE KATOPPO

MARIANNE KATOPPO (1943 -     ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 9 Jun 1943 di Monohon, Menado, Indonesia. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Dasar (SD) Makasar (1949–1950) dan di Jakarta (1950–1954). Dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Pertama (SMP) (1954–1957), Sekolah Menengah Atas (SMA) (1957–1960) dan Sekolah Tinggi Teologi di Jakarta (1960–1963) hingga lulus ijazah Sarjana Muda.

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas