FAKTOR KESERENTAKAN | Nisbah kadar penggunaan gas maksimum terhadap kadar beban maksimum yang telah ditetapkan secara teori. | KEJURUTERAAN | Konsep |
PASAR GELAP | Pasar gelap ialah jualan atau pengedaran barangan atau mata wang yang mencabuli had maksimum harga, kuota, pencatuan, dan keutamaan yang ditentukan oleh kerajaan. Sesiapa yang membeli atau menjual barangan catuan atau mata wang terkawal melalui saluran yang menyalahi undang-undang atau lebih daripada had maksimum harga yang ditentukan menjadi peniaga dalam pasaran gelap. | UMUM | |
ANALISIS | Kaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum. | KEJURUTERAAN | Konsep |
ANALISIS JEPIT | Kaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum. | KEJURUTERAAN | Konsep |
ALIRAN PROSES | Kaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum. | KEJURUTERAAN | Konsep |
TEKSI | Teksi ialah kereta untuk disewa. Ia merupakan sebahagian daripada sistem pengangkutan yang penting di kota atau bandar moden. Undang-undang tempatan biasanya menetapkan kadar yang maksimum untuk teksi. Hampir kesemua teksi menggunakan meter yang menunjukkan tambang bagi jarak yang dilaluinya. Alat ini dicipta oleh Wilhelm Bruhn pada tahun 1891. Sesetengah bandar mempunyai tambang teksi mengikut zon. Teksi boleh mengenakan tambang tambahan apabila melalui sebuah zon ke zon yang lain. Lihat juga Beca; Lanca. | UMUM | |
RIBA | Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi, yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar maksimum yang sah di sisi undang-undang. Orang perseorangan atau institusi yang mengenakan kadar yang lebih daripada yang dibenarkan di sisi undang-undang dikenali sebagai pemakan riba . | UMUM | |
UDARA LEBIHAN | Udara tambahan yang diperlukan dalam sesuatu proses pembakaran. Udara lebihan dikenali juga sebagai udara lebihan pembakaran atau udara tambahan pembakaran. Ia diperlukan bagi memastikan pembakaran sesuatu bahan api itu dapat berlaku dengan lengkap. Dengan adanya udara lebihan, jumlah haba yang maksimum diperoleh daripada sesuatu pembakaran bahan api....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
MUSKELLUNGE | Muskellunge ialah ikan yang paling besar dalam famili pike. Panjangnya boleh mencapai 1.8 meter dan beratnya lebih kurang 45 kilogram. Bagaimanapun, kebanyakan muskellunge panjangnya antara 0.5 hingga satu meter dan beratnya dua kilogram hingga 16 kilogram. Jangka hayat maksimum muskellunge adalah kira-kira 25 tahun. | UMUM | |
KETERLARUTAN | Keterlarutan ialah kuantiti maksimum zat terlarut yang larut dalam isi padu tertentu pelarut pada suhu tertentu. | KIMIA | Proses/Tindak Balas |