| BERITA MALAI | BERITA MALAI, akhbar harian bertulisan Rumi yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Akhbar ini ditertibkan di Singapura (Syonan-To) pada 1 Januari 1943 oleh Malal Shimbun Sha (Syarikat Persuratkhabaran Melayu). Penerbitannya adalah sebagai satu usaha untuk menyatukan beberapa buah akhbar yang masih erbit pada masa itu, seperti Utusan Melayu dan Warta Malaya supaya menjadi sebuah akhbar yang diletakkan di bawah pengawasan pihak Jepun. | SASTERA | Kitab |
| SEMANGAT ASIA | SEMANGAT ASIA, majalah bulanan yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Majalah ini diterbitkan pada bulan Januari 1943 oleh Malai Shinbun Sha, 146 Cecil Street, Syonan-to (Singapura). Semangat Asia menggunakan huruf Rumi dan mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap. Antara pengarang majalah ini ialah Ishak Haji Muhammad dan Abdullah Kamel. Semangat Asia sempat diterbitkan sebanyak 17 keluaran iaitu Jilid 1 (bil. 1 hingga 10) pada tahun 1943 dan Jilid 2 (bil. 1 hingga 4) pada tahun 1944. | SASTERA | Penerbitan |
| FAJAR ASIA | FAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944. | SASTERA | Penerbitan |
| TASIK CINI | TASIK CINI, sebuah tasik asli, terletak di lembah Sungai Pahang. Air Tasik Cini datang dari Sungai Pahang melalui anak sungainya, iaitu Sungai Cini. Dari Tasik Cini, air mengalir masuk ke dalam empat buah sungai: Sungai Gumuni, Sungai Jembarau, Sungai Malai dan Sungai Perupuk. Tasik Cini dikenali kerana legendanya, iaitu Naga Tasik Cini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |