MALEK NOOR | Malek Noor (1954– ), ahli bina badan. Dia lahir pada 13 November 1954 di Batu Pahat, Johor. Dengan ketinggian 1.67 meter dengan berat badan 220 hingga 230 paun, bekas pegawai polis ini telah mencatat banyak kejayaan buat negara dalam sukan bina badan. | UMUM | |
TUK PULAU MANIS | TUK PULAU MANIS ( ? - ? ), ulama. Nama sebenarnya ialah Syekh Abdul Malek bin Abdullah. Dia lahir pada sekitar tahun 1050-an atau 1060-an H. di Kampung Pauh, Hulu Terengganu. Dia berasal dari Yaman atau Hadramaut. Semasa remaja, dia sering mengikut bapa saudaranya berdagang dan belajar di serata ceruk rantau di samping berdakwah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUK PULAU UBI | TUK PULAU UBI (1881-1955), ulama. Dia lahir di Kampung Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Haji Yusof bin Abdul Rahman bin Abdul Ghani. Dia digelar Tuk Pulau Ubi sempena nama pondoknya di Pulau Ubi, dekat Geting, Tumpat. Di samping mendapat asuhan dan didikan daripada keluarganya, dia belajar di pondok Haji Abdul Malek, seorang tuk guru ternama di Kelantan pada suku terakhir abad ke-19, yang kebetulan membuka pondok di kampungnya. Selepas itu, Tuk Pulau Ubi belajar di Patani dengan Haji Abdul Latiff, sepupu bapanya yang kemudian menghantarnya ke Makkah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |