Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lu] | مالو

Definisi : 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, be­rasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; semalu; sehina ~ mempunyai nasib yg sama, seia, sekata; malu-malu nampaknya sangat malu: ma-suklah, jangan ~; dgn sikap yg ~, dinya-takannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu ber­hadapan dgn orang yg dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu; memalui ark 1. menaruh malu pd: dialah yg harus kaumalui; 2. menghormati, mena­kuti, menyegani: pd ketika itu segala anak raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka; memalukan 1. memberi malu, menyebab­kan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk; termalu-malu berasa agak malu: selama besar ini dia ~ memanggil abang kpd Ramlan; kemaluan 1. perihal malu, sesuatu yg men­datangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 3.mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 4.bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan); kemalu-maluan berasa sangat malu, ter­sipu-sipu: dia tunduk ~;pemalu (orang yg) mudah berasa malu.bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lu] | مالو

Definisi : ; si ~ = puteri ~ = malu-malu sj tum­buhan (pokok renek kecil, yg apabila tersen­tuh daunnya terkuncup), Mimosa pudica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lu] | مالو

Definisi : 1 berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu: Saya ~ jika tidak lulus dlm peperiksaan nanti. 2 menaruh rasa hormat; berasa segan: Saya ~ pd mereka. 3 perasaan hina atau perasaan aib: Dia telah berbuat sesuatu utk menutup ~nya. bermalu menaruh perasaan malu. memalukan menyebabkan berasa malu; memberi malu: Kelakuannya sangat-sangat ~ kami. kemaluan 1 alat kelamin pd manusia (lelaki atau perempuan). 2 dlm keadaan malu; berasa malu. 3 rasa malu; rasa aib. 4 sesuatu yg memalukan; keaiban. kemaluan-maluan berasa sangat malu: Dia tunduk ~. pemalu orang yg sangat malu atau yg mudah berasa malu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malu (adjektif)
Bersinonim dengan segan, aib, silu, bera, canggung, janggal, segok, meleng, kanyor, wirang;,
Kata Terbitan : malu-malu, memalukan, termalu-malu, kemaluan, pemalu,

Puisi
 

Begini baju begitu baju,
     Air dipotong sayup sekali;
Begini malu begitu malu,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Malu berani,
     mati takut.

Bermaksud :

Pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AURAT

Aurat, anggota badan yang wajib ditutup mengikut Islam dan seseorang akan berasa malu apabila ia didedahkan.

AGAMAKonsep

Kembali ke atas