DIALEK MELAYU MALUKU | DIALEK MELAYU MALUKU, dialek yang dituturkan di Kepulauan Maluku, Indonesia, yang terletak lebih kurang 3000 km dari Selat Melaka. Dialek ini berasal daripada ragam Melayu yang diketahui sudah digunakan pada awal abad ke-16, apabila orang Barat tiba di kepulauan tersebut. | BAHASA | Bahasa |
MALUKU | MALUKU, pusat penghasilan dan perdagangan rempah yang utama pada abad ke-15 dan awal abad ke-16. Maluku terletak di Propinsi Bahagian Timur, Indonesia. Maluku lebih dikenali sebagai Molucaas (pulau rempah) bagi orang Barat. Pulau-pulau yang terletak di utara Maluku dianggap sebagai habitat asal bagi tanaman bunga cengkih, manakala tanaman buah pala yang menghasilkan buah dan kulit buah pala pula dikatakan berasal dari Pulau Banda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
KEPULAUAN MALUKU | Kepulauan Maluku ialah sebahagian daripada 18 110 pulau yang membentuk negara Republik Indonesia pada ketika ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PULAU BURU | PULAU BURU, pulau yang terletak di sebelah barat Pulau Seram di kabupaten Maluku, Propinsi Maluku, Indonesia. Pulau ini mempunyai keluasan lebih daripada 9000 km dan merupakan pulau ketiga terbesar selepas Pulau Halmahera dan Pulau Seram. Pulau ini mempunyai tiga kecamatan, iaitu Buru Selatan, Buru Utara Barat dan Buru Utara Timur. Penduduk pulau ini adalah suku bangsa Buru yang merupakan kelompok etnik. Selain orang Buru, di pulau ini terdapat suku bangsa Galela dan Sulu yang kebanyakannya tinggal di kawasan pantai. Seperti penduduk Kepulauan Maluku lainnya, suku bangsa ini biasa disebut Orang Alfuru. Penduduk Pulau Buru, terutama yang tinggal di sekitar pantai, umumnya memeluk agama Islam. Hal ini berkaitan dengan pengaruh Kesultanan Ternate yang pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam di Maluku. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BACAN | BACAN, salah sebuah pulau di Kepulauan Maluku, teletak di bahagian barat Pulau Halmahera. Pulau lain dalam Kepulauan Maluku termasuklah Ternate, Tidore, Makian, Motir dan Gilolo (Halmahera). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
AMBON | AMBON, pulau yang paling penting antara pulau-pulau yang terletak di Kepulauan Maluku. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DIALEK MELAYU AMBON | DIALEK MELAYU AMBON, bahasa pertama dan bahasa utama di Pulau Ambon dan Sertam serta pulau-pulau lain di sekitarnya. Jumlah penuturnya tidak kurang daripada 200 ribu orang. Selain jumlah penutur ini, terutamanya di Maluku Tengah, sekurang-kurangnya 300 ribu orang lain menggunakan dialek Ambon sebagai bahasa perhubungan sehari-hari. Bahkan, mungkin di Maluku Tengah itu terdapat lebih ramai orang yang gemar berdialek Melayu Ambon daripada yang gemar berbahasa Indonesia | BAHASA | Bahasa |
DIALEK MELAYU BACAN | DIALEK MELAYU BACAN, dialek yang dituturkan di Pulau Bacan di sebelah selatan Pulau Ternate, Maluku Utara. Lebih kurang 6000 orang di Kecamatan Labuha dan dua kampung yang lain berbahasa Bacan sebagai bahasa ibunda mereka. Pada tahun 1914, dua orang sarjana Belanda, N, Adriani dan A.C. Kruijt, menganggap dialek itu sesuatu bahasa dan menggolongkan ‘bahasa’ itu dengan beberapa bahasa di Kepulauan Sula, walaupun mereka sendiri tidak pernah melakukan penelitian lapangan tentang varian itu. | BAHASA | Bahasa |
BANDA | BANDA, pulau yang menjadi sebahagian wilayah kabupaten Maluku Tengah, merupakan pusat pentadbiran Kepulauan Banda. Ibu negerinya Bandanaira, mempunyai penduduk lebih kurang 5000 orang. Pulau Banda dikelilingi oleh banyak pulau kecil, antaranya termasuklah Pulau Ai, Pulau Gunung-api dan Pulau Pisang, dan kesemua pulau ini disebut Kepulauan Banda. Keluasan Pulau Banda lebih kurang 44 km persegi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MAKIAN | MAKIAN, salah satu daripada lima buah pulau rempah di utara Maluku, bahagian timur Indonesia. Nama asalnya ialah Waikiung. Sebahagian daripada penduduk pulau ini ialah rumpun Austronesia. Makian ialah pulau kecil yang dipenuhi beberapa gunung berapi yang masih aktif. Sejak beberapa abad, penduduk pulau ini terpaksa menetap di Pulau Halmahera yang berdekatan untuk mengelakkan lahar gunung berapi. Walaupun ada penduduk yang kembali semula menetap di Pulau Makian, tetapi kebanyakannya terus tinggal di Halmahera. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |