Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ringan serta berongga-rongga di dalamnya (roti dll); mambung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ringan serta berongga di dlmnya (spt roti). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mampung


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAWA

Rawa ialah kawasan tanah yang basah, mampung

yang dicirikan oleh tanah berasid dan ditumbuhi

lumut yang tebal. Di rawa juga terdapat tumbuh-tumbuhan

lain dan banyak tumbuh-tumbuhan yang

telah reput sebahagiannya yang dikenali sebagai

gambut . Kebanyakan rawa terdapat di kawasan

utara, tetapi ia boleh terdapat hampir di seluruh

dunia. Rawa selimut ialah kawasan yang

keseluruhannya diselimuti oleh gambut.

Kebanyakan rawa selimut didapati di Ireland dan

Scotland.

UMUM 
SAGU

Sagu ialah kanji yang didapati di bahagian tengah

yang mampung atau empulur, daripada pelbagai

pokok palma tropika. Sejenis tepung, yang dikenali

sebagai tepung sagu, dibuat daripada sagu. Bekalan

terbesar sagu datang dari Hindia Timur. Banyak sagu

dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan

masakan komersial. Tepung sagu digunakan

kebanyakannya untuk membuat puding dan sebagai

pemekat sup. Tepungnya berkhasiat dan mudah

dihadam. Sagu adalah salah satu daripada makanan

utama orang Hindia Timur.

UMUM 
SIROSIS

Sirosis ialah keadaan hati apabila tisu parut

terbentuk di seluruh organnya. Kumpulan sel yang

dikenali sebagai nodul tumbuh semula, yang

dikelilingi oleh kepingan parut tisu, menggantikan

tisu mampung yang normal pada hati. Hati yang

berpenyakit mungkin tidak boleh melakukan fungsi

penting seperti membuat protein dan membuang

bahan berbahaya dari darah. Tisu yang terjejas

boleh menyekat aliran darah, menyebabkan

tekanan tinggi dalam pembuluh darah yang

menuju ke hati. Oleh itu, perdarahan dalaman

mungkin berlaku. Sekatan aliran darah juga boleh

menyebabkan pengumpulan bendalir dalam

abdomen.

UMUM 

Kembali ke atas