| MANGAN | Mangan ialah unsur logam yang rapuh, berwarna  perak-kelabu. Semua tumbuhan dan haiwan  memerlukan sedikit unsur ini. Mangan juga ialah  bahan yang penting dalam keluli dan mempunyai  banyak kegunaan perindustrian yang lain.  | UMUM |   | 
			
				| HADFIELD, SIR ROBERT ABBOTT | Hadfield, Sir Robert Abbott ( 1859– 1940), ahli  metalurgi Inggeris yang menemui keluli mangan  tidak bermagnet.   | UMUM |   | 
			
				| KOLUMBIT | Kolumbit ialah bijih mineral. Ia merupakan oksida  niobium, besi dan mangan, dan mempunyai  formula kimia (Fe, Mn) Nb2 O6.  | UMUM |   | 
			
				| SANTIAGO DE CUBA | Santiago de Cuba (pend. 345 772) terletak di kaki banjaran Sierra Maestra di pinggir laut tenggara Cuba. Jauhnya 740 kilometer di tenggara Havana. Untuk lokasi, lihat Cuba (peta politik). Santiago ialah pusat industri perlombongan Cuba. Ia juga pusat penghantaran besi, mangan, gula, kopi dan tembakau. Kota Morro, salah sebuah mercu tandanya, didirikan untuk mempertahankan pelabuhannya daripada serangan lanun British, dan Perancis. Pada tahun 1898, semasa Perang Sepanyol-Amerika, angkatan laut Amerika Syarikat telah memusnahkan sebahagian besar angkatan laut Sepanyol berhampiran pelabuhan Santiago.  | UMUM |   | 
			
				| SEMENANJUNG SINAI | Semenanjung Sinai ialah sebahagian daripada Mesir yang terletak di timur Terusan Suez dan Teluk Suez. Semenanjung ini bersempadan dengan bahagian barat Israel. Ia meliputi 61 100 kilometer persegi dengan penduduk seramai 200 000 orang. Semenanjung Sinai ialah daratan kering yang mempunyai beberapa oasis kecil. Di utara, daratan pantainya berpasir, di tengah terdapat penara batu kapur yang tinggi, manakala di selatan pula terdapat gunung-ganang. Semenanjung Sinai menghasilkan petroleum, mangan, dan mineral lain.  | UMUM |   |