PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG | PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG, peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud oleh Megat Seri Rama kerana membalas dendam. Peristiwa ini berlaku pada bulan Ogos 1699 bersamaan hari Jumaat, di Kota Tinggi, Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
OLAV V | Olav V (1903–1991) menjadi raja Norway pada tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII, mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke Norway semasa berusia dua tahun. Baginda memasuki Norwegian War College dan Oxford University. Baginda sering berkhidmat sebagai pemangku raja semasa ayahanda baginda gering. Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway dalam Perang Dunia II (1939–1945). Permaisurinya, Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun 1954. | UMUM | |
PUTERA WALES | Putera Wales ialah gelaran yang diberikan kepada waris putera sulung takhta kerajaan United Kingdom. Baginda biasanya ialah putera sulung raja, melainkan putera itu telah mangkat ataupun telah melepaskan gelaran tersebut. Edward I, raja Inggeris yang menakluki Wales pada tahun 1282, mengalahkan Llywelyn, Putera Wales, yang terakhir. Llyweln mangkat dalam pertempuran kecil dengan tentera Inggeris. Pada tahun 1301, Edward memberikan gelaran itu kepada putera sulungnya. Kemudian, putera ini menjadi raja yang dikenali sebagai Edward II. Semenjak pemerintahan Edward II, hampir kesemua waris putera sulung takhta kerajaan Britain menerima gelaran ini. | UMUM | |
XERXES I | Xerxes I (519? – 465 SM), memerintah Empayar Parsi dari tahun 486 S. hinggalah baginda mangkat. Baginda menggantikan ayahandanya, Darius I dan menghabiskan masa beberapa tahun cuba mencapai cita-cita bapanya untuk menakluki Greece. | UMUM | |
RICHARD | Richard ialah nama tiga orang raja Inggeris yang memerintah antara tahun 1189 hingga tahun 1485. Ketiga-tiganya mangkat dengan cara yang kejam. | UMUM | |
ADAT PERTABALAN SULTAN TERENGGANU | ADAT PERTABALAN SULTAN TERENGGANU, upacara menabalkan Sultan Terengganu yang baharu bagi menggantikan sultan yang mangkat. Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu 1911, telah ditetapkan bahawa Negeri Terengganu juga mempunyai seorang waris ganti yang bakal menjadi raja yang diberi gelaran Yang Dipertuan Muda. Waris inilah yang akan diangkat menjadi sultan jika sultan yang ada mangkat. | BUDAYA | Konsep |
SULTAN MAHMUD SYAH | Sultan Mahmud Syah (1680–1699), Sultan Johor terakhir daripada jurai keturunan Iskandar Zulkarnain-Sriwijaya Bukit Siguntang-Melaka. Sultan Mahmud Syah terkenal dengan gelaran Sultan Mahmud Mangkat Dijulang sesudah kemangkatannya. | UMUM | |
SULTAN ISKANDAR AL-HAJ IBNI SULTAN ISMAIL | Sultan Iskandar al-Haj ibni Sultan Ismail (1932– ) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan (1984–1989) dan Sultan Johor (1981– ). Baginda dilantik sebagai Sultan Johor menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1981. | UMUM | |
ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK | ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK, upacara menabalkan Sultan Perak yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Upacara dimulai dengan istiadat mengangkat sumpah di hadapan jenazah almarhum sultan sebelum jenazah dimakamkan. Walau bagaimanapun, istiadat pertabalan yang lain boleh dan biasanya diadakan beberapa bulan atau setahun kemudiannya. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN | ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN, upacara menabalkan Sultan Kelantan yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Adat pertabalan Sultan Kelantan yang diamal hingga sekarang bermula semenjak zaman pemerintahan Sultan Long Yunus (m.m. 1763-1798). Walau bagaimanapun, adat istiadat pertabalan ini berubah dari semasa ke semasa, terpulang kepada pihak istana. | BUDAYA | Konsep |