PANGERAN MANGKUBUMI | PANGERAN MANGKUBUMI ( ? -? ), Sultan Yogyakarta yang pertama dengan gelaran Sultan Hamengku Buwono I. Dia adalah putera Susuhunan Amangkurat IV, Raja Mataram yang terakhir. Pangeran Mangkubumi adalah salah seorang pembesar Jawa. Dia terkenal dalam pemerintahan di Jawa kerana terlibat dalam pemberontakan menentang penjajahan Belanda dan juga dia tidak puas hati dengan calon-calon pengganti pemerintah Jawa yang memberi kepentingan kepada pihak Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DEMANG LEBAR DAUN | Demang Lebar Daun (? – ?), mangkubumi kerajaan Palembang. Dia menguasai Muara Tatang (Batanghari), hulu Sungai Melayu. Bukit Siguntang terletak di kawasan ini. Menurut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun ialah orang yang pertama menggunakan bahasa diraja seperti ‘Yang Dipertuan’ dan ‘Patik’ dalam perbualannya. | UMUM | |
TUN PERAK | TUN PERAK (1420-1498), bendahara kerajaan Melayu Melaka yang terulung yang berkhidmat di bawah empat orang sultan. Dia adalah keturunan bangsawan yang telah banyak berjasa kepada perkembangan kemakmuran dan kestabilan Melaka. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) karangan Tun Seri Lanang (1612) mencatatkan Tun Perak sebagai salah seorang daripada tiga tokoh terpintar di alam Melayu sehingga abad ke-15, selain Mangkubumi Majapahit dan Mangkubumi Pasai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN MUHAMMAD DAUD SYAH | SULTAN MUHAMMAD DAUD SYAH (1870-1939), Sultan Aceh yang terakhir (1878-1939). Nama penuh baginda ialah Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah. Baginda ditabal sebagai Sultan Aceh pada tahun 1878 ketika berumur lapan tahun di Masjid Benteng Indrapuri. Oleh sebab usia yang muda, urusan pemerintahan dijalankan oleh Mangkubumi Tuanku Hasyim Banta Muda, yang juga Panglima Tertinggi Angkatan Perang Aceh. Pelantikan Sultan Muhammad Daud berdasarkan Hukum Adat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |