Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mangsanya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUTCHERBIRD

Butcherbird ialah nama yang diberi di Australia

kepada burung yang menyerupai burung shrike,

iaitu butcherbird di Eropah. Semua butcherbird

menusuk mangsanya di atas ranting atau duri dan

menyimpannya dengan cara ini untuk dimakan

kemudian. Ia memakan serangga, mencit, burung

lain, dan reptilia.

UMUM 
SHRIKE

Shrike ialah burung yang boleh dikenal melalui

paruhnya yang kuat dan bengkok sedikit, dan

melalui tabiatnya menujah belalang, mencit, dan

burung kecil pada duri, ruit, atau ranting, sama

seperti penyembelih menggantung daging. Burung

ini kemudiannya menyiat mangsanya hingga halus

dan memakannya. Daripada tabiat ini berasal nama

biasanya, iaitu burung penyembelih.

UMUM 
MENGGANTUNG TANPA PERBICARAAN

Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya

bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan

oleh perusuh dengan menggantung seseorang

tanpa menghiraukan undang-undang dan

peraturan. Mangsa penggantungan tanpa

perbicaraan tidak ada peluang bagi

mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma

menganggap mangsanya bersalah, sama ada

dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas

sedemikian pernah berlaku di beberapa negara

pada berlainan masa, namun begitu, istilah

menggantung tanpa perbicaraan secara khusus

dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan

negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan

perbuatan menggantung tanpa perbicaraan

melalui undang-undang. Sesetengah negeri

menjalankan dakwaan mengikut undang-undang

menentang homisid, rusuhan dan serangan.

Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang

menggantung tanpa perbicaraan yang

khusus. Namun begitu, pengawalan melalui

undang-undang tidak berjaya mencegah

menggantung tanpa perbicaraan.

UMUM 
KELAWAR PENGHISAP DARAH

Kelawar penghisap darah ialah nama

beberapa jenis kelawar. Nama ini diberi

terutamanya kepada kelawar tertentu di Amerika

Tengah dan bahagian tropika Amerika yang

menyerang kuda, lembu, unggas dan lain-lain

haiwan berdarah panas, dan menghisap darah

mangsanya. Yang paling terkenal ialah kelawar

penghisap darah biasa , iaitu haiwan kecil berwarna

perang kemerah-merahan kira-kira lapan sentimeter

panjangnya. Gigi depan kelawar ini berbentuk segi

tiga dan sangat tajam, yang memotong seperti pisau

cukur. Esofogusnya pendek dan sempit dan tidak

membolehkan apa pun lalu kecuali bendalir.

UMUM 
SINDROM REYE

Sindrom Reye ialah sejenis penyakit yang

jarang-jarang berlaku, yang menyerang hati dan

sistem saraf pusat kanak-kanak. Dalam kes yang

berlarutan, penyakit ini boleh mengakibatkan

kerosakan otak atau kematian. Penyakit ini lazimnya

membunuh antara 10 peratus hingga 40 peratus

mangsanya.

UMUM 
SENGKENIT

Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap

darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah

dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia

adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan

lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai

penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak.

Sengkenit sering membawa kuman penyakit

tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman

ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan

sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya

menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes

demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya

pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang.

UMUM 
POLIOMIELITIS

Poliomielitis juga dikenali sebagai polio ialah

jangkitan yang serius disebabkan oleh virus.

Penyakit ini kadangkala dikenali sebagai lumpuh

infantil kerana ia boleh menyerang bayi atau

kanak-kanak dan menyebabkan kelumpuhan. Pada

masa dahulu, wabak polio biasa terjadi dan sangat

ditakuti kerana penyakit ini menyebabkan ramai

mangsanya lumpuh seumur hidup. Walau

bagaimanapun, pada tahun 1950-an, vaksin

melawan penyakit ini telah diperkenalkan. Sejak

itu, polio hampir dibasmi di negara maju.

UMUM 
STOKER, BRAM

Stoker, Bram (1847–1912), pengarang British,

telah mengarang cerita Dracula (1897), salah satu

cerita seram yang paling terkenal sepanjang zaman.

Count Dracula, watak utama buku ini, ialah seorang

bangsawan. Dia sebenarnya puntianak (pembunuh

yang menghisap darah). Dia tinggal di Transylvania

(kini sebahagian Romania) dan berumur beberapa

ratus tahun. Pada waktu malam, dia bertukar

menjadi kelawar besar dan terbang ke merata desa,

menghisap darah dari leher mangsa-mangsanya

yang sedang tidur. Dracula berpindah ke England

dan menakutkan penduduk di situ pula. Akhirnya

dia ditangkap pada waktu siang dan dibunuh.

“Dracula’s Guest”, sebuah cerita pendek yang

asalnya ialah satu bab daripada buku Dracula, tidak

diterbitkan sehingga tahun 1937. Buku lain yang

ditulis oleh Stoker termasuk The Mystery of the Sea

(1902) dan Famous Imposters (1910).

UMUM 

Kembali ke atas