TELUK MANILA | Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65 kilometer panjang dan 55 kilometer lebar. Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan terletak di muara Teluk Manila. Beberapa peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II (1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada Amerika di bawah pimpinan Komander George Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam peperangan di muara Teluk Manila. Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan. | UMUM | |
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI MANILA | BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI MANILA, bahasa yang terpahat pada prasasti di Manila yang ditemui pada tahun 1987 tetapi baru dikaji pada awal tahun 1990. | BAHASA | Konsep |
MANILA | Manila ialah ibu negara dan bandar raya yang terbesar di Filipina. Bandar ini juga ialah pusat ekonomi, politik, sosial dan pendidikan negara selain daripada menjadi pelabuhan utama antarabangsa untuk kargo dan pelancong. | UMUM | |
MAKATI | Makati (pend. 372 204) ialah bandar di Pulau Luzon, Filipina. Ia terletak kira-kira satu kilometer di selatan Manila, ibu negara Filipina, dan luasnya lebih kurang 29 kilometer persegi. Makati ialah kawasan pinggir Manila yang makmur dan mempunyai kawasan kediaman yang selamat serta menjadi tempat tinggal orang Filipina yang kaya dan juga masyarakat asing di Manila. | UMUM | |
SEMENANJUNG BATAAN | Semenanjung Bataan menganjur ke Teluk Manila dari pantai barat daya Luzon, sebuah pulau terbesar di kepulauan Filipina. Di Semenanjung Bataan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina bertahan selama tiga bulan menentang kemaraan angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Pada akhir bulan Disember 1941, Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya mengundurkan askar- askarnya yang bertaburan ke negeri yang berbukit- bukau ini. Sebaik sahaja kedudukan mereka di semenanjung tersebut dimantapkan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina mendapati mereka telah terkepung oleh tentera Jepun dan terputus daripada sebarang bantuan. | UMUM | |
SIN, JAIME CARDINAL | Sin, Jaime Cardinal (1928–2005) ialah ketua biskop Roman Katolik di Manila. Dia membuat sumbangan yang berkekalan dalam sejarah Filipina. Dia menggalakkan rakyat mengambil bahagian dalam revolusi pada bulan Februari tahun 1986, yang menjatuhkan Presiden Ferdinand Marcos dan mengembalikan demokrasi di Filipina. Lihat juga Filipina, Sejarah. | UMUM | |
DEWEY, GEORGE | Dewey, George (1837–1917) ialah pegawai tentera laut Amerika yang termasyhur sebagai <I>heroI> <I>Manila I>dalam Perang Amerika–Sepanyol (1898). | UMUM | |
PERTUBUHAN PERJANJIAN ASIA TENGGARA (SEATO) | Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) ialah perikatan lapan buah negara yang menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Asia Tenggara di Manila, Filipina, pada 8 September 1954. Anggotanya terdiri daripada Australia, Perancis, New Zealand , Pakistan, Filipina, Thailand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Pakistan menarik diri pada tahun 1972. SEATO dibubarkan pada tahun 1977. | UMUM | |
ZAMBOANGA | Zamboanga (pend. 442 345) ialah bandar yang cantik di Filipina. Bandar ini terletak di hujung bahagian barat Pulau Mindanao, 885 kilometer ke selatan Manila. | UMUM | |
ANGELES | Angeles (pend. 236 685) ialah bandar di Filipina. Ia terletak di bahagian utara provinsi Pampanga, di tengah Luzon. Ia terletak di lebuh raya utama dan landasan kereta api dari Manila ke bahagian utara negara itu. | UMUM | |