| RAS, MANUSIA | Ras, Manusia atau bangsa manusia. Semua manusia adalah dari keturunan manusia yang hidup ratusan ribu tahun dahulu. Oleh itu, kita semua berkongsi leluhur yang sama. Ini bermakna bahawa semua manusia yang tinggal di dunia hari ini berkaitan dengan satu sama lain. Walaupun kita semua berkaitan, kita tidak kelihatan serupa. Badan kita berbeza saiz dan bentuknya, kulit kita berbeza-beza warnanya, mata kita berbeza warna dan bentuknya, bibir dan hidung kita berbeza bentuknya, dan rambut kita berbeza warna dan teksturnya.  | UMUM |   | 
			
				| KEJURUTERAAN MANUSIA | Kejuruteraan manusia ialah teknik  mengaplikasi ilmu pengetahuan saintifik tentang  tingkah laku manusia untuk membina pelbagai  jenis peralatan yang digunakan oleh manusia  dalam kehidupan seharian mereka. Ia juga  dikenali sebagai kejuruteraan faktor manusia.  Tujuan kejuruteraan manusia adalah untuk  membuat mesin yang sesuai mungkin untuk  kegunaan manusia. Jurutera faktor manusia cuba  mereka bentuk mesin yang setanding dengan  keupayaan dan pengehadan manusia.  | UMUM |   | 
			
				| MANUSIA PRASEJARAH | Manusia prasejarah ialah manusia yang hidup  sebelum tulisan dicipta lebih kurang 5500 tahun  dahulu.   | UMUM |   | 
			
				| MANUSIA HEIDELBERG | Manusia Heidelberg ialah manusia prasejarah  yang tinggal di Eropah kira-kira 450 000 tahun  dahulu.   | UMUM |   | 
			
				| MANUSIA | Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia  makhluk Allah di muka bumi antara semua  kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan  menjadikan kejadiannya sama dan seimbang.  Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok  dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan  pertuturan yang dapat membezakannya daripada  makhluk yang lain.  | UMUM |   | 
			
				| MANUSIA PEKING | Manusia Peking ialah sejenis manusia  prasejarah yang hidup antara lebih kurang  500 000 hingga 250 000 tahun dahulu di bahagian  yang kini utara China.  | UMUM |   | 
			
				| MANUSIA NEANDERTHAL | Manusia Neanderthal ialah sejenis manusia  prasejarah yang tinggal beberapa tempat di  Eropah, Asia, dan Afrika pada kira-kira 100 000  hingga 35 000 tahun dahulu.   | UMUM |   | 
			
				| MANUSIA JAWA | Manusia Jawa ialah sejenis manusia prasejarah  yang hidup antara satu juta hingga 500 000 tahun  dahulu.   | UMUM |   | 
			
				| DEKLARASI SEJAGAT HAK ASASI MANUSIA | Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia  diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan  Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948.  Ia mengandungi tanggungjawab sivil, ekonomi,  politik dan hak sosial serta kebebasan setiap  manusia di dunia ini. Deklarasi Sejagat Hak Asasi  Manusia ini menyatakan bahawa semua manusia  dilahirkan bebas dan mempunyai maruah dan hak  yang sama. Pengenalannya menyatakan bahawa  deklarasi ini dibuat berfungsi sebagai standard  umum pencapaian untuk semua manusia dan  semua negara.  | UMUM |   | 
			
				| MAHKAMAH EROPAH BAGI HAK ASASI MANUSIA | Mahkamah Eropah bagi Hak Asasi  Manusia ialah satu cabang Majlis Eropah. Badan  ini bekerjasama dengan sebuah badan lain, iaitu  Suruhanjaya Eropah bagi Hak Asasi Manusia,  dalam usaha meneliti isu-isu yang berkait dengan  hak asasi manusia. Suruhanjaya ini menyiasat  dakwaan pelanggaran hak asasi manusia  sebagaimana yang diperakukan oleh Konvensyen  Eropah bagi Perlindungan Hak Asasi Manusia dan  Hak Kebebasan Asasi. Konvensyen ini adalah satu  perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh  Majlis Eropah pada bulan November 1950.  | UMUM |   |