Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata margin 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMBUNUHAN AMBON

MARGIN: 0in 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify; tab-stops: 1.0in 81.0pt">PEMBUNUHAN AMBON, pembunuhan yang berlaku akibat perselisihan antara orang Belanda dan Inggeris di ambon.  Hingga tahun 1619, ibu pejabat Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) terletak di Ambon, timur Indonesia.  Selepas itu VOC memindahkan ibu pejabatnya ke Betawi, tetap Belanda terus mengekalkan pangkalannya, Fort Victoria, di Ambon.  Belanda mahu memastikan monopoli terhadap perdagangan rempah.  Pegawai VOC di Betawi tidak mahu Syarikat Hindia timur Inggeris membina posnya di Ambon kerana bimbang kehadiran Inggeris boleh mencabar kedudukan Belanda.  Walau bagaimanapun, pada tahun 1619, melalui persetujuan antara Belanda dengan Inggeris, Inggeris dibenarkan membina pos di Ambon dan berkongsi 1/3 daripada perdagangan rempah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PELITA BAHASA

MARGIN: 0in 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELITA BAHASA,  majalah bahasa berbentuk popular.  Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka  (DBP) pada 1 Mac 1989.  Majalah ini menggarap seluruh persoalan bahasa.

BAHASAPenerbitan
PEREDAR

MARGIN: 0in 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEREDAR, jurnal yang diterbitkan oleh Pakatan bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.).  Siri Peredar bermula dari penerbitan Buku Tubuh Lembagaan dan Buku Undang-Undang serta Buku Kelantan yang bermula pada tahun 1936.  Selepas itu barulah diterbitkan jurnal Peredar Angka 2.  Penerbitan siri Peredar dilakukan setelah dihidupkan semula P.Bm.P.B.D.  Persatuan ini telah dapat menerbitkan Peredar sebanyak 25 terbitan iaitu hingga bulan September 1941.  Dalam siri Peredar yang telah diterbitkan terdapat pelbagai maklumat yang disiarkan merangkumi hal yang berkaitan dengan bahasa, kebudayaan, sejarah, pengembaraan dan lawatan, perjanjian, dan geografi.  Antara perkara menarik yang disiarkan dalam jurnal Peredar ini ialah:

BAHASAKarya
PERBILANGAN

MARGIN: 0in 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERBILANGAN, sejenis peribahasa yang panjang, lebih daripada satu ayat.  Ia berbilang, lantas disebut perbilangan.  Perbilangan  bermakna selapis atau dua lapis.  Perbilangan serupa pepatah dan berfungsi sebagai undang-undang, iaitu Undang-undang Adat Perpatih.  Nama-nama lain bagi perbilangan ialah ‘perbilangan adat’, ‘gurindam adat’, ‘teromba’ dan ‘terasul’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PENULIS

MARGIN: 0in 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENULIS, majalah triwulan bercorak sastera, budaya dan ilmu pengetahuan.  Majalah ini pertama kali diterbitkan pada bulan Januari 1964.  Majalah ini diterbitkan oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

SASTERAKarya
PENGERAS

MARGIN: 0in 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGERAS, sesuatu benda yang diberikan oleh seseorang kepada bomoh, pawang atau bidan untuk perkhidmatannya.  Pengeras juga diberikan oleh anak murid kepada guru silat.  Pengeras melambangkan  kesediaan bakal murid itu menerima ilmu yang bakal diperturunkan kepadanya.

BUDAYAKepercayaan
PENGASUH

MARGIN: 0in 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGASUH, akhbar bertulisan Jawi.  Ia diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat  Melayu Kelantan di Kota Baharu pada 11 Julai 1918.  Akhbar ini pada mulanya diterbitkan dua minggu sekali dan kemudiannya diterbitkan pada setiap hari Khamis dengan mempunyai lapan halaman.  Pengarangnya ialah Dato’ Haji Muhammad bin Haji Mohd. Said.

SASTERAPenerbitan
PENDING

MARGIN: 0in 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDING, sejenis perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga, suasa atau kayu yang dipakai di dada atau tali pinggang.  Pending asli hanya menggunakan bengkung atau tali pinggang yang dibentuk daripada lipatan kain dan pending dijadikan kepalanya.

BUDAYAKraf Tangan
PENDINDING

MARGIN: 0in 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDINDING, bahan atau perlakuan yang dipercayai boleh memelihara keselamatan manusia daripada gangguan manusia, binatang buas atau makhluk halus.  Pendinding terdapat dalam pelbagai bentuk dan digunakan untuk menangkis daripada akibat buruk yang boleh menimpa sesuatu benda, manusia atau keadaan.

BUDAYAKepercayaan
PENAWAR

MARGIN: 0in 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENAWAR, ubat, jampi dan serapah yang digunakan untuk mengurangkan bisa atau kesakitan fizikal dan emosi yang dihidapi oleh seseorang.  Dalam perubatan Melayu, terdapat pelbagai jenis penawar seperti penawar bisa ampai-ampai ialah asam dan penawar sengat lebah ialah kapur.

BUDAYAUbat-Ubatan
12345678910...

Kembali ke atas