PERTUBUHAN MARITIM ANTARABANGSA | Pertubuhan Maritim Antarabangsa (International Maritime Organization (IMO)) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggalakkan kerjasama di kalangan kerajaan dalam perkara yang melibatkan perkapalan antarabangsa. Pertubuhan ini, biasanya dikenali sebagai IMO (International Maritime Organization) yang berusaha untuk membentuk peraturan perkapalan antarabangsa bagi meningkatkan taraf keselamatan dan menghalang pencemaran yang berpunca daripada kapal. Ia juga menguruskan pertukaran maklumat tentang perkapalan lautan. | UMUM | |
PROVINSI ATLANTIK | Provinsi Atlantik ialah empat provinsi Kanada, iaitu New Brunswick, Newfoundland, Nova Scotia, dan Pulau Prince Edward. Tiga daripada provinsi ini – New Brunswick, Nova Scotia, dan Pulau Prince Edward – kadangkala dikenali sebagai provinsi Maritim. | UMUM | |
DEMAK | DEMAK, pusat kekuasaan politik yang terpenting bagi beberapa kerajaan pesisir utara Pulau jawa antara abad ke-15 hingga abad ke- 16. Zaman tersebut bertepatan dengan zaman peralihan daripada agama Hindu-Buddha kepada agama Islam dan juga kebangkitan kerajaan maritim. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |