Mukhtar al-Thaqafiy al- (1 H.–67 H/622 M.–687 M.), salah seorang daripada ketua revolusi menentang kerajaan Bani Umayyah. Nama penuhnya ialah Abu Ishaq al Mukhtar ibn Abi ibn Mas’ud al- Thaqafi. Dia berasal daripada Taif dan berpindah ke Madinah mengikut bapanya semasa pemerintahan Khalifah Umar r.a. Bapanya pergi ke Iraq dan syahid dalam Perang al-Jisri, meninggalkan al-Mukhtar al- Taqafiy di Madinah dan hidup di kalangan Bani Hasyim. Abdullah ibn Umar mengahwini kakaknya yang bernama Safiyyah. Kemudian al-Mukhtar al- Taqafiy hidup bersama ‘Ali r.a. di Iraq dan tinggal di Basrah selepas kematian Ali. |