| ADAT PERKAHWINAN MELANAU | ADAT PERKAHWINAN MELANAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melanau di Sarawak. Adat perkahwinan yang diamalkan bergantung kepada status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk ‘tanda tunaeng’ dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti ‘adat menuga’, ‘adat mebin’ dan ‘pakan’ juga turut ditentukan oleh status sosial ini. Walau bagaimanapun, asas adat perkahwinan adalah sama seperti merisik dan majlis perkahwinan. | BUDAYA | Konsep |