NORNS | Norns ialah tiga Nasib dalam mitologi Scandinavia . Mereka merupakan tiga orang adik- beradik perempuan: Urd (masa lampau), Verdandi (masa kini), dan Skuld (Masa Depan). Urd seorang yang tua dan memandang kepada masa lampau. Verdandi memandang tegak ke hadapan, iaitu kepada masa kini. Manakala Skuld mewakili masa hadapan, dan memandang ke arah bertentangan dengan Urd. Mengikut mitologi ini, nasib manusia dan dewa ditentukan oleh Norns. Orang Scandinavia awal mempercayai bahawa terdapat banyak lagi Norns yang lebih kecil, iaitu satu untuk setiap orang. | UMUM | |
PIPE | Pipe ialah alat muzik yang merupakan leluhur kepada organ pipe pada masa kini dan alat tiup yang lain. Pipe mungkin merupakan alat muzik yang paling tua. Menurut legenda Yunani, pipe mula-mula direka cipta oleh Pan (lihat Pan ). Manusia prasejarah menggunakan tulang sebagai pipe primitif. | UMUM | |
KITTINGER, JOSEPH W., JR | Kittinger, Joseph W., Jr lihat Belon (Sukan belon masa kini). | UMUM | |
PHRYGIA | Phrygia ialah sebuah negara purba yang terletak di antara Laut Mediterranean dengan Laut Hitam, iaitu di Turki tengah masa kini. Penduduk Phrygia merupakan orang Indo-Eropah yang datang dari tenggara Eropah selepas tahun 1200 S.M., dan menetap di kawasan yang pernah diperintah oleh kaum Hitti. Menurut legenda, raja-raja Phrygia yang awal termasuk Gordius dan Midas. Makam batu mereka yang hebat masih dapat dilihat di kawasan pergunungan di situ. Lihat Midas. | UMUM | |
KALA | Kala ialah ciri kata kerja yang menunjukkan masa sesuatu perbuatan. Terdapat tiga pembahagian masa – kini, lampau dan depan (kelak). | UMUM | |
SOANE, SIR JOHN | Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang dilantik sebagai arkitek Bank of England pada tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia membina semula hampir keseluruhan bangunan tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga membina Dulwich College Picture Gallery di London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St. John di Bethnal Green, Trinity Church di Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane lahir di Whitchurch, berhampiran Reading, Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn Fields kepada Kerajaan British yang dikenali sebagai Muzium Sir John Soane. | UMUM | |
MIKADO | Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang bermaksud pintu yang disanjungi. Penggunaan istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun mula menggelar maharaja mereka Tenno, yang bermaksud Maharaja dari Syurga. Maharaja tidak dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan pemerintahan mereka pada masa kini dikenali dengan nama yang dipilih khas untuk mereka. Maharaja Hirohito dikenal dengan nama Tenno Showa atau Maharaja Showa. | UMUM | |
SUDETENLAND | Sudetenland ialah satu kawasan yang terletak di cerun Pergunungan Sudeten. Ia terletak di Republik Czech, bersempadan dengan Bohemia, Moravia, dan Jerman. Pada suatu ketika dahulu, ramai orang Jerman yang tinggal di Sudetenland. Perjanjian Versailles dan St. Germain pada tahun 1919 menjadikan kawasan tersebut sebahagian daripada Czechoslovakia masa kini. Perjanjian Munich pada tahun 1938 menyerahkan kawasan tersebut dengan kawasan Czech yang lainnya kepada Jerman (lihat Perjanjian Munich). Pada tahun 1945, pihak Berikat mengembalikan semula Sudetenland kepada Czechoslovakia, dan penduduk Jerman disingkir dan digantikan dengan penduduk Czech dan Slovak. Pada tahun 1992, Czechoslovakia tidak lagi wujud dan negara-negara merdeka di Republik Czech dan Slovakia diwujudkan untuk menggantikannya. | UMUM | |
KRITIKAN | Kritikan ialah analisis dan penilaian terhadap karya seni. Kritikan cuba menterjemah dan menilai karya tersebut, dan mengamati kepada prinsip yang dapat difahami. Kritikan ialah cubaan untuk mempertingkat piawai yang tinggi dalam kalangan artis dan usaha untuk menggalakkan seni. Ia juga membantu masyarakat terus sedar akan nilai karya seni dahulu dan masa kini. | UMUM | |
SHIRE | Shire ialah kawasan pentadbiran bagi negeri-negeri Anglo-Saxon pada zaman awal England. Shire mempunyai sempadan yang tetap dan terdiri daripada daerah kecil yang dikenali sebagai hundreds. Ketua pegawai shire dikenali sebagai reeve atau shire-reeve. Perkataan sheriff berasal daripada gelaran ini. Banyak kaunti di England mengekalkan perkataan shire pada namanya dan banyak sempadan kaunti mengikut sempadan shire lama. Perkataan shire kadangkalanya dirujuk secara bersama untuk kaunti masa kini. Shire juga merupakan nama seekor kuda penarik beban yang pertama kali dibiak baka di Shire Midland, England. Lihat juga Kaunti; Kuda. | UMUM | |