Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata masak;

Puisi
 

Asam jawa terlalu masak,
     Masak tak boleh dijeruk lagi;
Hati saya terlalu rosak,
     Rosak tak boleh dipujuk lagi.


Lihat selanjutnya...(145)
Peribahasa

Dibalik-balik bagai memanggang.

Bermaksud :

Difikirkan masak-masak.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINYAK BIJI KAPAS

Minyak biji kapas ialah minyak yang boleh

dimakan, yang diperbuat daripada biji kapas. Ia

digunakan terutamanya untuk membuat masak

lelemak dan marjerin, dan sebagai minyak masak

dan minyak salad.

UMUM 
KETUHAR BELANDA

Ketuhar belanda ialah periuk masak bertutup

yang dibuat daripada logam. Ketuhar belanda

moden biasanya dibuat daripada aluminium.

UMUM 
EKSTRAK DAGING

Ekstrak daging ialah pes berperisa daging

pekat. Tukang masak sering memperisa sup dan

sos dengan ekstrak daging. Pembuat makanan

menggunakan ekstrak lembu atau ekstrak ayam

untuk membuat kiub rebusan.

UMUM 
MINYAK JAGUNG

Minyak jagung ialah minyak yang dibuat

daripada isirung jagung. Ia digunakan terutamanya

sebagai minyak masak dan minyak salad, dan

dalam keluaran makanan seperti marjerin dan

kerepek kentang. Minyak jagung yang ditapis

berwarna kuning pucat.

UMUM 
SERBUK PENAIK

Serbuk penaik ialah serbuk putih yang

digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik .

Tukang masak menambahkannya kepada adunan

tepung sebelum membakarnya. Bahan kimia dalam

serbuk penaik bertindak balas dengan udara dan

cecair (biasanya air atau susu) untuk membentuk

gas karbon dioksida. Gelembung karbon dioksida

terperangkap dalam adunan tepung. Gelembung

ini mengembang apabila ia dipanaskan dan

menjadikan adunan naik.

UMUM 
TARRAGON

Tarragon ialah tumbuhan yang mengeluarkan

daun yang digunakan untuk perasa daging, sayur-sayuran,

sos, kuah salad, cuka, dan minyak masak.

Ia berasal dari selatan Eropah. Tarragon adalah

tumbuhan rimbun yang daunnya licin dan halus.

Tarragon tumbuh setinggi kira-kira 150 sentimeter

di kawasan yang panas dan kering.

Pengelasan saintifik. Tarragon tergolong dalam

famili Compositae (Asteraceae), adalah Artemisia

dracunculus .

UMUM 
MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun ialah minyak yang wangi, boleh

dimakan, yang dibuat daripada buah zaitun. Ia

digunakan terutamanya sebagai kuah salad dan

sebagai minyak masak. Rasanya berbeza-beza,

daripada rasa manis hingga rasa hambar dan terdiri

daripada hampir keseluruhannya lemak tepu (lihat

Lemak). Kebanyakan minyak zaitun berwarna kuning

kehijauan cerah.

UMUM 
AGAR-AGAR

Agar-agar ialah bahan seperti gelatin yang

diperoleh daripada rumpai laut seperti lumut

Ceylon. Agar-agar digunakan sebagai kultur (asas)

tempat bakteria berkembang untuk kerja saintifik.

Tukang masak Timur menggunakan agar-agar

sebagai makanan. Agar-agar ini juga digunakan

dalam perubatan. Agar-agar rumpai laut adalah

daripada jenis alga merah. Alga ini terdapat di Asia

tropika dan di sepanjang pantai Lautan Pasifik di

Amerika Syarikat.

UMUM 
UMBUT

UMBUT, pangkal pucuk batang pokok palma seperti pokok kelapa, pokok pinang dan enau.  Umbut kelapa kerap dimasak dan disajikan sebagai lauk kenduri.  Ia dibuat masak lemak atau dimasak bersama-sama tulang lembu sebagai masak lemak berempah.  Umbut yang telah dimasak enak dimakan kerana ia lembut dan lemak kemanis-manisan.  Umbut juga boleh dibuat kerabu bersama-sama kerisik, udang dan bawang.

BUDAYAMakanan
STRAWBERI

Strawberi ialah tumbuhan kecil dalam famili ros

yang ditanam untuk buahnya yang sedap

berbentuk hati. Strawberi tumbuh dekat dengan

permukaan tanah dan mengeluarkan bunga kecil,

putih yang berbau wangi. Buahnya putih kehijauan

pada mulanya dan menjadi merah terang apabila

masak. Ia adalah sumber vitamin C yang baik dan

sering dimakan segar dengan krim. Strawberi juga

ditinkan atau disejukbekukan atau digunakan untuk

membuat jem, jeli, dan wain.

UMUM 
123

Kembali ke atas