Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.jid] | مسجد

Definisi : Ar bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas.jid] | مسجد

Definisi : rumah ibadat orang-orang Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masjid (kata nama)
Bersinonim dengan surau, langgar.,

Puisi
 

Pergi kerja berulang-alik,
     Singgah di masjid lalu sembahyang;
Yang bulat datang menggolek,
     Yang pipih datang melayang.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MASJID-MASJID DI MALAYSIA

Masjid-masjid di Malaysia. Bangunan khas yang berfungsi sebagai tempat umat Islam bersembahyang dan ibadah-ibadah  lain yang berkaitan dengan pembangunan rohani dan penyatuan umat Islam.

KEJURUTERAANKonsep
MASJID CORDOVA

Masjid Cordova merupakan masjid yang

terbesar di bandar Cordova di Andalus.

UMUM 
MASJID JAMIK AL-ZAYTUNAH

Masjid Jamik al-Zaytunah ialah masjid

bersejarah yang terkenal dan pernah menjadi

pusat ilmu di Tunis.

UMUM 
MASJID MUHAMMADI KOTA BHARU

Masjid Muhammadi Kota Bharu, masjid negeri Kelantan. Nama lamanya ialah Masjid Besar Kota Bharu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
MASJID KERSIK

MASJID KERSIK,  salah sebuah masjid yang tertua di Patani, selatan Thailand.  Masjid ini juga dikenal sebagai Masjid Pintu Gerbang. Masjid ini terletak di Kampung Kersik, lebih kurang 6 km dari bandar Patani. Masjid ini didirikan di halaman kota raja Patani pada masa pemerintahan raja-raja puteri Patani. Kampung Kersik dan kampung di sekitarnya seperti Kampung Bandar, Kampung Tanjuk Lulok dan Kampung Parit Marhum adalah antara kampung yang tertua di Patani dan pernah menjadi pusat kerajaan Melayu Patani pada abad ke-16 dan abad ke-17.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
MASJID JAMEK KUALA LUMPURMASJID JAMEK KUALA LUMPUR, salah sebuah masjid yang terawal di Selangor. Masjid ini terletak di pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
MASJID UBUDIAH

MASJID UBUDIAH, antara masjid yang tercantik Perak.  Masjid ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.  Masjid ini dibina dengan titah Sultan Idris Murshidul Azam Syah, Sultan Perak (1887-1916).  Baginda bernazar untuk mendirikan sebuah masjid setelah baginda pulih daripada gering.  Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris meletakkan batu asas pembinaan masjid tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
MASJID NABAWI

Masjid Nabawi ialah masjid yang pertama dibina oleh Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah.

KEJURUTERAANBangunan/Kota
MASJID RAYA AL-MANSHUN

MASJID RAYA AL-MANSHUN, masjid tertua di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.  Masjid ini didirikan oleh Belanda untuk Sultan Deli, Sultan Makmun al-Rasyid Perkasa Alam Syah (1873-1924).  Masjid ini didirikan di kawasan tanah seluas lebih kurang enam hektar dan terdapat beberapa bangunan lain di sekitar masjid.  Masjid ini pertama kali digunakan untuk solat Jumaat pada 10 September 1909 (10 Syaaban 1325 H.).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
MASJID AL-HARAM

Masjid al-Haram ialah masjid terbesar di dunia yang wajib dikunjungi oleh umat Islam yang menunaikan ibadat haji. 

KEJURUTERAANBangunan/Kota
123456

Kembali ke atas