MINYAK IKAN KOD | Minyak ikan kod ialah minyak yang berwarna kuning, berbau hanyir, yang diperoleh daripada hati ikan kod. Ia mengandungi banyak vitamin A dan D. Pada satu masa dahulu, ramai orang memakan minyak ikan kod untuk mencegah daripada kekurangan vitamin A dan D. Orang yang tidak mendapat cukup vitamin A mungkin menghadapi masalah kulit dan mata. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan riket, iaitu penyakit yang menyebabkan kecacatan tulang. | UMUM | |
AHLI SILAP MATA | Ahli silap mata ialah penghibur yang mempersembahkan muslihat yang kelihatan mustahil. Ahli silap mata mencabut wang kertas dari udara dan menukar sebiji oren menjadi tiga biji oren. Mereka membaca minda orang dan mengeluarkan berbalang-balang ikan emas dari sehelai skarf. Malah mereka juga menghilangkan seseorang daripada pandangan. | UMUM | |
SPRAT | Sprat adalah satu daripada ikan laut yang lebih kecil dalam famili hering. Sprat membesar sepanjang 20 sentimeter. Ia hidup di perairan pantai Eropah dari Laut Baltik dan Laut Utara hingga ke Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Ikan ini mempunyai badan yang leper dengan tepi bergerigi mata gergaji di sepanjang perutnya. Sprat adalah ikan makanan yang penting. Ia dimakan segar atau disalai. Sesetengahnya ditinkan dalam minyak sebagai sardin kecil. Yang lain diproses untuk dijadikan minyak ikan dan mil ikan. Pengelasan saintifik. Sprat tergolong dalam famili hering, Clupeidae. Sprat Eropah ialah Sprattus sprattus. | UMUM | |
PUPFISH | Pupfish adalah mana-mana satu daripada 30 spesies ikan kecil yang hidup terutamanya dalam mata air dan anak sungai di barat daya Amerika Syarikat dan Mexico. Pupfish mendiami perairan ini sejak Zaman Ais yang terakhir, kira-kira 50 000 tahun dahulu. Pada masa itu, sungai dan tasik meliputi kawasan tersebut, yang sebahagian besarnya adalah gurun. Kumpulan pupfish yang terasing hidup selepas kebanyakan air menjadi kering. Satu spesies, pupfish Devil’s Hole , hidup melebihi 20 000 tahun dalam mata air yang dalam di Kaunti Nye, Nevada, Amerika Syarikat. | UMUM | |
PICKEREL | Pickerel ialah nama yang diberi kepada tiga anggota yang kecil dalam famili pike di Amerika Utara. Seperti semua pike, pickerel sebenar mempunyai mulut yang besar dan makan dengan lahapnya. Ikan ini meronta untuk melepaskan diri apabila terkena mata kail. Semua pickerel hidup dalam air tawar. Ia biasanya memakan ikan lain yang lebih kecil. | UMUM | |
TIKUS BULAN | Tikus bulan ialah nama bagi lima spesies mamalia pemakan serangga dari China dan Asia Tenggara. Tikus bulan, yang kadangkala dikenali sebagai landak tanpa spina, mempunyai muncung yang panjang dan ekor yang terbina dengan baik. Bulunya kasar. Tikus bulan besar adalah spesies yang terbesar, sebesar arnab. Ia biasanya berwarna hitam dengan kepalanya berwarna keputihan dan tanda mata hitam. Tikus bulan memakan serangga, cacing, krustasea, moluska, ikan dan mamalia yang lebih kecil. Pengelasan saintifik. Tikus bulan termasuk dalam order Insectivora, famili, Erinaceidae. Tikus bulan terbesar ialah Echinosorex gymnurus . | UMUM | |