| MATARAM | MATARAM, kerajaan di Jawa Tengah, Indonesia. Sejarahnya dapat dibahagikan kepada dua tahap utama iaitu pra-Islam dan Islam. Bukti kewujudan kerajaan Mataram terdapat dalam beberapa buah inskripsi. Inskripsi yang terawal dijumpai di dalam Candi Siva di Canggal, di bahagian timur laut Candi Borubodur, Jawa Tengah, yang bertarikh 732 M. Tulisan inskripsinya dalam bahasa Sanskrit. Maklumat yang terkandung dalam inskripsi tersebut adalah tentang Raha Sanjaya Mataram mendirikan sebuah ‘lingga’ di Kunjarakunja iaitu di Jawa Tengah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
| AGUNG, SULTAN | Agung, Sultan ( ? –1646) ialah pemerintah paling berkuasa di Mataram, sebuah kerajaan di Jawa Tengah yang kini ialah Indonesia. Baginda bertakhta dari tahun 1613 hingga tahun 1646. | UMUM | |
| SENOPATI | SENOPATI ( ? -1601), pengasas Kesultanan Mataram (1582-1601). Mataram muncul selepas keruntuhan kerajaan Majapahit pada abad ke-16. Mataram pada asalnya adalah sebuah daerah di Jawa Tengah dan menjadi sebahagian daripada kerajaan Majapahit. Kelemahan pemerintahan kerajaan Majapahit pada penghujung abad ke-16, menyebabkan banyak tanah jajahannya seperti Pajang, Jipang, Surabaya dan Demak membebaskan diri. Antara negeri yang terbesar ialah Pajang dan Jipang. Kedua-duanya bersaing hebat dan bermusuhan. Dalam proses pertelingkahan itu, Pajang yang dipimpin oleh Pangeran Adiwijoyo telah dibantu oleh Kiai Gadai Pemanahan. Sebagai menghargai jasanya mengalahkan Jipang, Mataram telah dihadiahkan kepadanya. Sejak itu, Mataram mula berkembang dan membangun menjadi sebuah negeri yang kuat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| PERJANJIAN GIYANTI | PERJANJIAN GIYANTI (1755), perjanjian yang ditandatangani oleh Belanda dan pemimpin-pemimpin Pulau Jawa untuk menamatkan peperangan di Pulau Jawa. Peperangan ini berlaku apabila pengasas empayar Mataram, Sultan Agung (1613 – 1646) mangkat. Mataram menghadapi perang saudara kerana beberapa pihak berebut untuk menaiki takhta Mataram. Dalam peperangan yang meletus, pihak Belanda campur tangan untuk kepentingan mereka. Calon-calon yang mereka sokong merebut takhta Mataram akan terhutang budi kepada Belanda dan kemudiannya memberi kemudahan ekonomi dan wilayah kepada Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
| NYAI RORO KIDUL | NYAI RORO KIDUL, tokoh legenda masyarakat Jawa di Indonesia sekitar tahun 1580-an. Dia dianggap sebagai ratu atau dewi yang dipercayai boleh menguasai jin dan roh ghaib di Laut Selatan, Pulau Jawa. Keturunannya dipercayai masih menjadi penguasa Kesusuhunan dan Mangkunegaraan di Surakarta serta kesultanan dan kepakualaman di Yogyakarta dongeng yang dikisahkan dalam Babad Tanah Jawi, sejarah utama dan rasmi daripada raja-raja Mataram, Raja Mataram yang pertama daripada dinasti itu telah menikahi Nyai Roro Kidul. Semenjak itu penguasa Laut Selatan ini telah menikahi para raja Jawa. Kini, yang dianggap keturunan raja adalah daripada Susuhunan Surakarta dan Sultan Yogyakarta di puri Mangkunegaraan atau Pakualaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SULTAN AGUNG | SULTAN AGUNG ( ? - 1645), Sultan Mataram yang ketiga (1613 – 1645) dan raja teragung dalam sejarah Pulau Jawa, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Mas Rangsang. Dia juga dikenal sebagai Sultan Agung Anyokrokusumo. Sultan Agung adalah cucu Panembahan Senopati Ingalaga, raja Mataram yang pertama. Bapanya ialah Panembahan Krapyak (1601 – 1613). Dia menaiki takhta kerajaan Mataram pada tahun 1613. Pada mulanya, Sultan Agung bersemayam di Kuta Gede dan kemudiannya di Plered. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| JEPARA | JEPARA, pelabuhan utama kerajaan Mataram pada abad ke-17. Jepara menjadi tumpuan pedagang-pedagang Islam setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Eksport utamanya ialah beras yang dihasilkan dari kawasan pedalaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| PUTU ARYA TIRTAWIRYA | PUTU ARYA TIRTAWIRYA (1940 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 10 Mei 1940 di Sibetan, Mataram (Lombok), Indonesia. Dia mendapat pendidikan di sekolah dasar dan Sekolah Menengah Pertama (1957) dan kemudian belajar secara persendirian. | SASTERA | Tokoh |
| EJAAN DAN TULISAN KAWI | EJAAN DAN TULISAN KAWI, sistem ejaan yang berasal daripada bahasa Kawi, salah satu bahasa kuno yang ada kaitannya dengan sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Beberapa tinggalan sejarah menunjukkan bahawa bahasa Kawi pernah digunakan dengan agak meluas di kebanyakan pusat pemerintahan raja-raja rumpun Melayu dalam Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara. Pengaruhnya telah bermula dan bertapak di beberapa buah istana raja seperti di Kutai, Tarumanegara, majapahit, Sriwijaya, Padjajaran, Singasari dan Mataram sejak abad pertama hingga abad ke-16, sebelum pengaruh agama Islam berkembang luas di rantau tersebut.
| BAHASA | Bahasa |
| PANGERAN MANGKUBUMI | PANGERAN MANGKUBUMI ( ? -? ), Sultan Yogyakarta yang pertama dengan gelaran Sultan Hamengku Buwono I. Dia adalah putera Susuhunan Amangkurat IV, Raja Mataram yang terakhir. Pangeran Mangkubumi adalah salah seorang pembesar Jawa. Dia terkenal dalam pemerintahan di Jawa kerana terlibat dalam pemberontakan menentang penjajahan Belanda dan juga dia tidak puas hati dengan calon-calon pengganti pemerintah Jawa yang memberi kepentingan kepada pihak Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |