Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata matlamatnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
APEX

Apex adalah sebuah organisasi bagi kaum lelaki

yang berusia antara 18 hingga 40 tahun.

Matlamatnya adalah untuk memberikan

perkhidmatan masyarakat, menggalakkan

persahabatan di kalangan ahli, dan mewujudkan

masyarakat yang bijak dan agresif. Persatuan ini

dimulakan di Geelong, Victoria, Australia pada

tahun 1931 oleh tiga orang arkitek.

UMUM 
SURUHANJAYA DIRAJA

Suruhanjaya Diraja (Royal Commission) ialah

badan yang dilantik oleh raja British bagi

menjalankan sesuatu siasatan. Matlamatnya

ditentukan oleh bidang kuasa yang diberikannya

bagi sesuatu penyiasatan. Ia dianggotai oleh

beberapa orang yang tidak dibayar gaji.

Penyiasatan yang dilakukannya boleh merangkumi

penguatkuasaan undang-undang, aduan, suasana

yang wujud dalam industri atau hal-hal yang

berkaitan pendidikan, dan sosial. Hasil siasatan

dilaporkan kepada setiausaha dalam negeri.

Suruhanjaya Diraja tidak boleh memaksa sesuatu

dokumen atau sebarang bukti diberikan kepadanya

kecuali ia mempunyai kuasa khusus yang diberikan

oleh Akta Parlimen bagi tujuan tersebut. Di

Australia dan New Zealand, pihak kerajaan akan

meminta gabenor jeneral atau gabenor negeri

untuk melantik seseorang bagi membentuk

Suruhanjaya Diraja dan membuat laporan.

UMUM 
NEUTRA, RICHARD JOSEPH

Neutra, Richard Joseph (1892–1970) ialah

arkitek Austria yang bekerja di California,

Amerika Syarikat. Reka bentuknya yang terbaik

mencerminkan matlamatnya untuk membina

bangunan yang memenuhi keperluan biologi dan

psikologi, di samping pertimbangan seni dan

teknikal. Dalam bukunya Survival Through

Design (1954), Neutra menyatakan bahawa

manusia dapat hidup hanya dengan mengawal

alam sekitar menerusi reka bentuk, seni bina,

dan perancangan bandar.

UMUM 
BUFFALO LODGES

Buffalo Lodges mempunyai lebih 100 000 ahli

di Australia dan New Zealand. Matlamatnya ialah

untuk setia kepada pihak berkuasa perlembagaan

serta berpegang teguh kepada keadilan, kebenaran

dan kedermawanan.

UMUM 
PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)

ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Nama penuhnya ialah Pertubuhan Makanan dan

Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agensi

ini berusaha untuk memperbaik pengeluaran,

pengedaran, dan penggunaan makanan dan lain-lain

keluaran ladang, hutan dan perikanan di dunia.

Matlamatnya termasuk meningkatkan paras

pemakanan dan taraf hidup manusia, terutamanya

orang miskin di luar bandar. Lebih kurang 160

negara menganggotai pertubuhan ini.

UMUM 
PERANG SARAF

Perang saraf menggunakan propaganda untuk

mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh

digunakan sebelum perang untuk mencegah

meletusnya peperangan ataupun semasa perang

untuk memenanginya. Sesebuah negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

negara musuh bahawa mereka tidak akan menang

jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan

tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

pasukan tentera musuh bahawa perjuangan

mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk

melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin.

Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh

untuk berperang.

UMUM 

Kembali ke atas