| EPAL MAY | Epal May ialah tumbuhan Amerika yang tergolong dalam famili barberi. Ia hidup liar di kawasan berhutan di setengah bahagian selatan Amerika Syarikat. | UMUM | |
| ALCOTT, LOUISA MAY | Alcott, Louisa May (1832–1888) merupakan penulis Amerika yang terkenal dengan novel kanak-kanaknya. Bukunya yang terkenal, Little Women (1868–1869) menceritakan empat orang adik beradik perempuan yang membesar di sebuah bandar kecil di New England pada pertengahan tahun 1800-an. Di samping menulis, Alcott berusaha mendapatkan hak mengundi untuk wanita dan aktif dalam pergerakan antiminum arak. | UMUM | |