KAMARUDDIN HAJI IDRIS, DATO | KAMARUDDIN HAJI IDRIS, Dato’ (1905- ), pentadbir. Dia lahir di Petaling Jaya, Selangor. Dia mendapat pendidikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah menamatkan persekolahannya, dia berkhidmat sebagai pelatih pada tahun 1920 sebelum dilantik sebagai pegawai dalam Malayan Administrative Service (MAS) pada 1 Mac 1923. Kemudian dia dilantik sebagai pegawai Malayan Civil Service (MCS) pada 1 Januari 1935. Pada 1 Februari 1948, dia dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu yang pertama. Pada tahun 1950, dia dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ZAKARIA HITAM | (1912- ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat. Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang. Dia lebih dikenali dengan panggilan Pak Zek. Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang. Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937. Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan. Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970. | SASTERA | Tokoh |