Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi mendelevium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata md


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUNSYI SULAIMAN MD. NOR MUNSYI SULAIMAN MD. NOR   (1870-1928), tokoh bahasa dan persaratan Melayu. Dia lahir di Siak, Sumatera, Indonesia. Keluarganya telah berhijrah ke Melaka kerana berlaku perselisihan faham di kalangan keluarga Raja Muda Hashim, pembesar Siak. Keluarganya memilih Melaka kerana hubungan politik yang telah wujud antara kedua-duanya pada abad ke-16.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MD. SALLEH MOHAMED HASAN

MD. SALLEH MOHAMED HASAN (1926-       ), penulis khat.  Dia lahir pada 29 April 1926 di Kampung Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu.  Md. Salleh lebih dikenali dengan nama Ustaz Embab.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Paya Bunga (1933-1938).  Kemudian dia menyambung pelajaran di Madrasah Sultan Zainal Abidin Al-‘Arabiyah, Kuala Terengganu (1939-1946).

BUDAYATokoh
MD. SALLEH YAAPAR

MD. SALLEH YAAPAR (1946-      ), pengkaji dan pengkritik sastera.  Dia lahir pada 20 Disember 1946 di Permatang Rawa, Seberang Perai, Pulau Pinang.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. Marks, Butterworth.  Pada tahun 1964, dia menjadi guru sementara di beberapa buah sekolah di Kedah.  Selepas mengajar beberapa tahun, dia mendapat Sijil Perguruan pada tahun 1968.  Selepas itu, dia menjadi guru tetap di beberapa buah sekolah menengah hinggalah dia melanjutkan pelajaran ke universiti.

SASTERATokoh
MENDELEVIUM

Mendelevium ialah unsur radioaktif yang dicipta

secara artifisial. Simbol kimianya ialah Md, dan

nombor atomnya ialah 101. Mendelevium

mempunyai 13 isotop yang diketahui. Isotopnya

yang paling stabil mempunyai nombor jisim 258

dan separuh hayat 58 hari. Isotop mendelevium

yang paling berat mempunyai nombor jisim 260

dan separuh hayat 32 hari.

UMUM 
ANNIES PRINTING WORKS

ANNIES PRINTING WORKS, perusahaan Melayu yang asalnya ditaja dan diusahakan oleh Sabirin bin Haji Md. Ani sejak akhir tahun 1920-an.  Sabirin yang berusaia 30 tahun bersama-sama isteri dan empat orang anaknya meniggalkan Pariaman, Sumatera Barat berhijrah ke Singapura dan kemudian ke Johor Bahru.

SASTERAKonsep
SEABORG, GLENN THEODORE

Seaborg, Glenn Theodore (1912–1999), ahli

kimia Amerika Syarikat, menjadi terkenal kerana

sumbangannya dalam penemuan beberapa unsur

yang lebih berat daripada uranium. Seaborg dan

sekutunya, Edwin M. Mc Millan, berkongsi

Hadiah Nobel tahun 1951 dalam bidang kimia

kerana penemuan unsur plutonium (Pu),

amerisium (Am), kurium (Cm), berkelium (Bk), dan

kalifornium (Cf). Seaborg kemudiannya

menyumbang kepada penemuan einstenium (Es),

mendelevium (Md), dan nobelium (No). Kesemua

unsur ini adalah radioaktif dan semuanya dicipta

secara artifisial.

UMUM 
KESATUAN MELAYU SINGAPURAKESATUAN MELAYU SINGAPURA, sebuah badan yang memperjuangkan hak orang Melayu. Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada tahun 1926 dengan Mohd. Eunos Abdullah sebagai presiden yang pertama. Keanggotaan KMS terdiri daripada pegawai kerajaan, guru dan wartawan. Mereka ialah Embok Sooloh, Tengku Kadir, Abdul Samad Pagak, Daud Md. Shah, Manan Ali, Yusof Ishak, Ishak Haji Muhammad dan Abdul Hamid Jumat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
JUBANG

JUBANG, cerita lipur lara Melayu.  Cerita ini  tersebar dan terkenal di negeri Kedah.  Antara penglipur lara yang pernah menuturkan  cerita ini ialah Abdullah bin Omar atau Lahuma di Kampung Belantik, Sik Kedah, dan Had bin Md. Arif di Ulu Tawar, Kedah.  Cerita tuturan mereka berjudul “Jubang Linggang’.  Manakala Abd. Rahman Derasit atau dikenal sebagai Man Jubang dan Tuk Jubang dari Baling, Kedah menamakan cerita tuturannya iaitu “Gading Jubang Dua Beradik Gading Semerah Linggang”.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
NOORJAYANOORJAYA (1931 -    ), penulis.  Dia lahir pada 12 November 1931 di Kampung Sungai Tengas, Kulim, Kedah. Nama sebenarnya ialah Md. Noor @ Mohd. Nasir bin Salleh. Dia juga menggunakan nama samaran Noorsalihi.

 

SASTERATokoh
AHMAD DAUDAHMAD DAUD, Datuk (1932-     ), penyanyi dan pelakon filem. Dia lahir pada 12 Mac 1932 di Pulau Pinang. Nama  penuhnya ialah Ahmad Daud bin Md. Hashim.BUDAYAKonsep
12

Kembali ke atas