DIRAC, PAUL ADRIEN MAURICE | Dirac, Paul Adrien Maurice (1902–1984), pakar teori fizik Inggeris yang menjadi terkenal kerana persamaan matematik yang menerangkan kelakuan elektron. Dirac juga menunjukkan asas percantuman dua bentuk mekanik kuantum, gelombang mekanik dan mekanik matriks (lihat Mekanik kuantum). | UMUM | |
MEKANIK KUANTUM | Mekanik kuantum ialah satu bidang fizik yang menerangkan struktur atom dan pergerakan zarah atom. Ia juga menerangkan bagaimana atom menyerap tenaga dan memancarnya semula sebagai cahaya, dan seterusnya ia juga memberi penjelasan tentang sifat cahaya. | UMUM | |
ILMU MEKANIK | Ilmu mekanik ialah bidang fizik yang mengkaji kesan daya terhadap pepejal, cecair dan gas sewaktu pegun dan sewaktu bergerak | UMUM | Umum |
DIESEL, RUDOLF | Diesel, Rudolf (1858–1913) ialah jurutera mekanik Jerman; membangunkan mesin pembakaran dalam yang menggunakan minyak sebagai bahan api. | UMUM | |
PERKAKAS PNEUMATIK | Perkakas pneumatik ialah sejenis peralatan kuasa yang digerakkan oleh pemampat udara. Ia mempunyai pelbagai kegunaan. Contohnya, ia digunakan oleh doktor gigi untuk membuang bahagian gigi yang telah rosak. Mekanik kereta menggunakan perengkuh pneumatik untuk mengetatkan bolt dan nat manakala pekerja binaan menggunakan tukul pneumatik untuk memecahkan sesuatu permukaan. | UMUM | |
DE BROGLIE, LOUIS VICTOR | De Broglie, Louis Victor (1892–1987), ahli fizik Perancis yang menerima Hadiah Nobel pada tahun 1929 untuk bidang fizik kerana teorinya tentang ciri gelombang elektron. Teori ini menjadi asas kepada mekanik kuantum, satu bidang ilmu fizik. | UMUM | |
LI SIGUANG | Li Siguang (1889–1971), ahli geologi China. Dia memberi sumbangan penting kepada sains palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi (kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi. Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang membincangkan aspek tegasan dan terikan. Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan penting dalam penemuan beberapa telaga minyak yang besar di China. Karya utamanya termasuk Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central China (1947), dan Introduction to Geomechanics (1962). | UMUM | |
NORMAL | Normal, istilah yang digunakan secara meluasnya dalam bidang matematik (sub-bidang statistik, geometri dan mekanik). | MATEMATIK | Konsep |
BOSE, SATYENDRA NATH | Bose, Satyendra Nath (1894–1974) ialah ahli fizik India, yang bersama Albert Einstein, memajukan sistem mekanik kuantum statistik yang kini dikenali sebagai statistik Bose-Einstein. Sistem statistik ini digunakan kepada zarah yang tidak terhad kepada satu kedudukan dalam ruang kuantum yang sama. Zarah ini dinamakan boson, sempena nama Nath Bose. | UMUM | |
BORN, MAX | Born, Max (1882–1970) ialah ahli fizik Jerman yang memainkan peranan utama dalam memajukan mekanik kuantum. Bidang fizik ini menghuraikan struktur atom dan pergerakan zarah atom. Born berkongsi Hadiah Nobel tahun 1954 dalam bidang fizik kerana usahanya. | UMUM | |