| MARSUPIAL | Marsupial ialah mamalia yang melahirkan  anaknya dalam keadaan belum matang. Anak yang  baru lahir membesar dalam keadaan melekap pada  salah satu puting ibunya dan mendapat makanan  semata-mata daripada susu ibunya.  | UMUM |   | 
			
				| KESENIAN CELT | Kesenian Celt. Orang Celt melahirkan bakat   besar kesenian mereka pada seni dan kraf seperti   kerja logam, seni arca, dan seramik (seni tembikar).   | UMUM |   | 
			
				| REVOLUSI AMERIKA | Revolusi Amerika (1775–1783) telah melahirkan sebuah negara baru, Amerika Syarikat. Revolusi yang juga dikenali sebagai Perang Revolusi Amerika, berlaku di antara Great Britain dengan 13 tanah jajahan yang terletak di sepanjang Lautan Atlantik di Amerika Utara. Tanah jajahan itu ialah Connecticut, Delaware, Georgia, Maine, Maryland, Massachusetts, New Hampshire, New Jersey, New York, Pennsylvania, Rhode Island, Vermont, dan Virginia. Peperangan itu bermula pada 19 April 1775, ketika askar British dan para revolusi Amerika bertembung di bandar Lexington dan Concord, Massachusetts. Peperangan itu berlarutan selama lapan tahun. Pada 3 September 1783, Britain dan Amerika Syarikat telah menandatangani Perjanjian Paris, yang mengiktiraf kemerdekaan Amerika Syarikat.  | UMUM |   | 
			
				| ODA | Oda ialah syair yang sederhana panjangnya yang biasanya melahirkan puji-pujian yang amat tinggi. Dramatis Yunani menghasilkan  nyanyian oda  yang mempunyai tiga bahagian. Dua bahagian, iaitu  strophe  dan  antistrope  , mempunyai pola irama yang sama panjang. Bahagian ketiga, dinamakan  epode  , mempunyai pola iramanya yang berbeza. Pindar, dari Yunani purba mencipta oda yang memuji wira olahraga. Dia menggunakan bentuk  strophe  , yang kemudiannya dikenali sebagai  Pindarik  (lihat Pindar ). Horace, dari Rom purba, menulis oda yang terdiri daripada stanza yang sama, yang dinamakan bentuk berangkap.  | UMUM |   | 
			
				| KELAHIRAN PRAMATANG | Kelahiran pramatang berlaku apabila  seseorang wanita melahirkan anak sebelum  kehamilannya mencapai tempoh sepenuhnya.  Tempoh kehamilan ini berbeza-beza dari 37  hingga 42 minggu selepas tempoh haid terakhir  seseorang wanita sebelum kehamilan. Dalam  banyak kes, tempoh kehamilan setepatnya sukar  ditentukan. Oleh itu, doktor juga menganggap  seseorang bayi itu pramatang jika beratnya kurang  daripada 2500 gram ketika lahir.  | UMUM |   | 
			
				| REFORMASI | Reformasi ialah gerakan keagamaan pada tahun 1500-an yang melahirkan Protestanisme. Ia membawa dan nampak hebat ke atas kehidupan sosial, politik, dan ekonomi di Eropah, dan pengaruhnya masih dirasai sehingga kini. Gerakan ini bermula pada tahun 1517 apabila seorang rahib Jerman, Martin Luther, membantah amalan tertentu Gereja Roman Katolik. Kira-kira 40 tahun kemudian, Protestanisme lahir di Eropah.  | UMUM |   | 
			
				| NABI ISMAIL A.S. | Nabi Ismail a.s. ialah seorang nabi dan rasul,  anak kepada Nabi Ibrahim a.s. dan ibu baginda Hajar  berasal dari Mesir. Sarah, isteri pertama Nabi  Ibrahim a.s. tidak dapat melahirkan zuriat pada  waktu itu dan telah dihadiahkan seorang hamba  perempuan oleh Raja Mesir untuk berkhidmat  kepadanya. Dengan alasan tidak dapat melahirkan  anak, Sarah telah memberikan hamba tersebut iaitu  Hajar, kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s. dengan  harapan dapat melahirkan seorang anak yang dapat  menggembirakan mereka. Akhirnya mereka  dikurniakan seorang anak dengan kelahiran Nabi  Ismail a.s. Setelah itu, perasaan cemburu mula  timbul di hati Sarah lalu dia merayu suaminya  membawa anak tersebut bersama-sama ibunya ke  suatu tempat yang jauh daripada pandangan  matanya. Hikmah Allah SWT sememangnya  menghendaki perkara tersebut berlaku, lalu Nabi  Ibrahim a.s. memperkenankan permintaan isterinya.  Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s.  untuk membawa Nabi Ismail a.s. bersama-sama  ibunya dan menempatkan kedua-duanya di suatu  wadi yang tidak ditumbuhi sebarang tumbuhan. Ini  merupakan satu ujian kepada Nabi Ibrahim a.s., iaitu  perpisahan dengan anaknya yang sangat dicintai.  | UMUM |   | 
			
				| KELAHIRAN BERGANDA | Kelahiran berganda ialah kelahiran lebih  daripada seorang bayi daripada kehamilan yang  sama. Kembar dua, kembar tiga, kembar empat dan  kembar lima adalah kesemuanya contoh kelahiran  berganda. Kebanyakan haiwan melahirkan lebih  dari satu anak pada satu masa. Manusia biasanya  melahirkan hanya seorang bayi pada satu masa.  Rencana ini membincangkan kelahiran berganda  pada manusia.  | UMUM |   | 
			
				| EKIDNA | Ekidna ialah sejenis mamalia yang bertelur.  Platipus ialah satu-satunya mamalia lain yang  tidak melahirkan anak. Ekidna juga dinamakan  tenggiling berduri.   | UMUM |   | 
			
				| SETASEA | Setasea ialah anggota order mamalia laut yang  terdiri daripada paus, dolfin dan ikan lumba-lumba.  Setasea melahirkan anaknya dan ia hidup  menyusui susu ibunya. Setasea hidup sepenuhnya  dalam air dan bernafas melalui paru-paru.  Badannya yang seperti ikan mempunyai lapisan  lemak yang tebal yang dinamakan bluber yang  memanaskannya. Setasea mempunyai kaki sirip  bagi kaki depan dan tidak mempunyai sirip  belakang. Setasea hampir tidak berbulu.  | UMUM |   |