Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ka] | ملاک

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Emblica officinalis; buah ~ a) buah drpd pokok tersebut; b) sj kuih, onde-onde. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ka] | ملاک

Definisi : negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 1650 km2, bandar Melaka sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ka] | ملاک

Definisi : nama sj pokok, Emblica officinalis. buah ~ a. buah dr pokok melaka. b. kuih bulat-bulat yg dibuat drpd tepung pulut dan diberi berinti serta digaul dgn kelapa parut; onde-onde. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melaka

Puisi
 

Dari Melaka pergi ke Pahang,
     Singgah ke Johor beli berangan;
Saya mengucap selamat datang,
     Jikalau salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Kecil-kecil cili Melaka.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELAKA

Melaka (pend. 504 500) ialah sebuah negeri yang

terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan

bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Johor.

Melaka terdiri daripada tiga daerah, iaitu Alor Gajah,

Melaka Tengah dan Jasin. Negeri ini mempunyai

keluasan 1159 kilometer persegi dan terletak di

garisan lintang 2 0 11’ Utara, dan garisan bujur 102 0

15’ Timur.

UMUM 
PARAMESWARA

Parameswara ( ? –1414), pengasas Kesultanan

Melaka, Raja Melaka yang pertama (1399–1414).

Parameswara berasal dari Palembang, Sumatera,

Indonesia. Mengikut Sulalatus Salatin, namanya

dicatatkan sebagai Raja Iskandar Syah, kerana ingin

menampakkan pertalian zuriatnya dengan Iskandar

Zulkarnain. Menurut sumber dari China dan Portugis,

masing-masing mencatatkan namanya sebagai ‘Pai-limi-

sula’ dan ‘Parameswara’.

UMUM 
KESATUAN MELAYU MELAKA

KESATUAN MELAYU MELAKA, persatuan politik nasionalisme Melayu yang ditubuhkan di Melaka pada tahun 1927. Pemimpinnya terdiri daripada guru sekolah Melayu dan pegawai rendah kerajaan. Salah seorang pemimpin aktif kesatuan ialah Haji Talib Karim, Ketua Menteri Melaka (1970-an). Guru merupakan tenaga pemimpin yang utama di Melaka, kerana di Melaka tidak terdapat golongan pembesar tradisional seperti negeri Melayu yang lain. Sistem feudalisme Melayu telah hilang di Melaka sejak penjajahan Portugis pada tahun 1511. Akibatnya, sistem feudalisme atau tradisional masyarakat Melayu yang bermula di Melaka pada abad ke-15 telah berkembang ke negeri lain yang muncul selepas kejatuhan empayar Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BANDAR MELAKA

BANDAR MELAKA, terletak pada garis lintang 2  11’U dan garis bujur 102  15’T, di muara Sungai Melaka, di pinggir pantai Selat Melaka. Kini bandar Melaka merupakan sebuah mukim yang tersendiri dalam daerah Melaka Tengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA, peraturan-peraturan yang dibuat berhubung dengan pelabuhan, pelayaran dan perkapalan di negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Ia dibuat bagi menyeragamkan undang-undang laut yang ada pada masa itu.  Perisytiharan Undang-Undang Laut Melaka dibuat sendiri oleh Sultan Mahmud Syah dan ia terpakai kepada semua nakhoda dan isi kapalnya yang datang ke Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
HUKUM KANUN MELAKA

HUKUM KANUN MELAKA, teks undang-undang yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka pertama kali digunakan pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444), dan kandungannya diperbaiki serta ditambah pada zaman pemerintahan sultan-sultan Melaka yang terkemudian. Teks ini menjadi prototaip kepada undang-undang Melayu lama yang lain, khasnya Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Riau.

BUDAYAKarya
KEJATUHAN MELAKA

KEJATUHAN MELAKA, peristiwa kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada berlakunya peristiwa ini. Faktor dalaman dirangsang oleh sebab peribadi yang timbul akibat pergeseran berterusan antara dua golongan pembesar Melaka yang terdiri daripada pembesar Melayu dan pembesar Melayu Tamil-Islam. Kemunculan pembesar Melayu yang mewarisi  darah Tamil-Islam bermula apabila Mani Purindan diambil sebagai menantu oleh Seri Nara Diraja pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Mani Purindan memperoleh dua orang anak iaitu Tun Ali dan Tun Wati. Tun Ali kemudiannya mewarisi gelaran Seri Nara Diraja, manakala Tun Wati diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah. Perkahwinan antara Sultan Muhammad Syah dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim yang kemudian menjadi Sultan Melaka bergelar Sultan Muzaffar Syah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
KESULTANAN MELAKAKESULTANAN MELAKA, kesultanan pertama dan tertua di Malaysia. Dalam sejarah Alam Melayu, Kesultanan Melaka merupakan salah sebuah kesultanan yang tertua, selain Kesultanan Pasai. Kesultanan Melaka bermula sekitar tahun 1400 dan ditumpaskan oleh Portugis pada tahun 1517.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SELAT MELAKA

SELAT MELAKA, perairan penting dan laluan utama di antara Timur dengan Barat.  Selat Melaka memisahkan Sumatera dengan Semenanjung Malaysia lebih 600 batu nautika.  Selat ini juga menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut China Selatan.  Kelebarannya berbeza-beza dari tiga batu nautika di laluan paling sempit berhampiran Singapura, hingga 300 batu nautika berhampiran jalan masuk di barat laut. Selat Melaka agak cetek dan di jalan masuk di bahagian selatan terdapat banyak pulau kecil  yang dikelilingi oleh terumbu, beting pasir dan arus yang berbahaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA

MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA, maktab latihan perguruan bagi guru wanita yang pertama di Malaysia. Maktab ini dibuka secara rasmi pada 31  Januari 1935 dengan nama The Malay Women’s Training College (MWTC). Maktab ini terletak di kawasan kampus seluas 17 hektar di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun, Melaka. Kerajaan kolonial memilih Melaka kerana sifat historikal dan kedudukannya yang strategi. Di samping itu terdapat sebuah bangunan hospital yang telah dikosongkan dan diubahsuai untuk dijadikan maktab tanpa perbelanjaan yang besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12345678910...

Kembali ke atas