Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.gar] | ملڠݢر

Definisi : 1. merempuh, melanda, me­lanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ me­lainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.gar] | ملڠݢر

Definisi : 1 merempuh; melanda: Keretanya yg terbabas telah ~ sebuah kedai runcit di tepi jalan. 2 menyerang; menyerbu: Askar-askar Belanda telah ~ kota Melaka. 3 menyalahi atau menentang undang-undang (peraturan, hukum dll): Dia telah dibuang kerja kerana ~ tatatertib bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgar
Kata Terbitan : berlanggar, melanggar, terlanggar, pelanggaran, pelanggar,

Puisi
 

Tenun kain dengannya kapas,
     Warna corak bermacam ragi;
Perahu lilin layar kertas,
     Cuba melanggar lautan api.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Langit menimpa kepala,
     bumi memegang kaki.

Bermaksud :

Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YAMASHITA, TOMOYUKI

Yamashita, Tomoyuki (1885–1946), jeneral

Jepun dalam Perang Dunia II yang dijatuhi

hukuman mati kerana “melanggar undang-undang

perang”.

UMUM 
DENDA

Denda ialah bayaran wang yang diperintahkan

oleh mahkamah untuk dibayar oleh seseorang

yang didapati bersalah kerana melanggar undang-undang.

UMUM 
RASUAH

Rasuah ialah perbuatan memberi atau

menawarkan sesuatu yang berharga kepada

seseorang yang mempunyai kedudukan yang

dipercayai sebaliknya melanggar tugas, atau

undang-undang untuk memberi faedah kepada

pemberi rasuah.

UMUM 
PERLUCUTHAKAN

Perlucuthakan ialah hukuman atau denda

menurut undang-undang terhadap seseorang yang

didapati bersalah atas perbuatan salah laku atau

terhadap seseorang yang melanggar kontrak atau

syarat. Ia akan kehilangan beberapa hak atau

pemilikan.

UMUM 
MAKSIAT

Maksiat ialah perbuatan yang melanggar perintah Allah SWT.

AGAMAKonsep
ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU

ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan  antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari ‘nagari’ (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta.

 

BUDAYAKonsep
SAND, GEORGE

Sand, George (1804–1876) ialah nama pena

Amantine-Aurore-Lucile Dupin, seorang penulis

wanita Perancis pada tahun 1800-an. Karyanya

dikagumi oleh para penulis agung zamannya.

Tulisan Sand sudah tidak lagi disukai selepas dia

meninggal dunia dan dia dikenang hanya kerana

cara hidupnya serta percintaannya yang

mengejutkan dengan penggubah Frédérick Chopin

dan penyair Alfred de Musset. Dia melanggar

tatasusila sosial dengan menghisap cerut dan

memakai pakaian lelaki. Semenjak gerakan wanita

muncul pada pertengahan tahun 1900-

an, karya Sand telah dijumpai semula dan dia

menarik perhatian yang kritis sebagai novelis dan

penulis autobiografi.

UMUM 
STYX

Styx ialah sungai yang suram dalam Alam Ghaib

dalam mitologi Yunani dan Rom. Styx ialah

perkataan Yunani yang bermakna terkutuk. Charon,

seorang pendayung sampan, sering kali

diperihalkan sebagai pembawa roh orang yang

telah mati menyeberangi Styx. Dewa-dewa

mengangkat sumpah suci mereka atas nama sungai

suram Styx ini. Jika mereka melanggar sumpah

tersebut, mereka akan menerima hukuman dengan

menghabiskan masa selama sembilan tahun di

Tartarus, satu lubang yang dalam di Alam Ghaib.

Sungai Styx dikatakan bermula sebagai air terjun di

kawasan Yunani purba yang dikenali sebagai

Arcadia. Airnya yang dikatakan beracun mengalir

terjun ke dalam gaung yang dalam dan terus

masuk ke Alam Ghaib.

Lihat juga Charon; Hades; Tartarus.

UMUM 
TABU

Tabu ialah perbuatan, benda, orang atau tempat

yang dilarang oleh undang-undang atau budaya.

Perkataan taboo berasal daripada perkataan

Polinesia iaitu tapu atau tabu yang bermakna

sesuatu yang suci, istimewa, berbahaya atau kotor.

Kebanyakan masyarakat mempunyai kepercayaan

bahawa seseorang yang pergi ke tempat larangan

atau menyentuh barang larangan akan ditimpa

bencana. Masyarakat juga mungkin menghukum

orang yang melanggar larangan ini dan

menyisihkannya.

UMUM 
PERANG KHANDAQ

Perang Khandaq berlaku pada bulan Syawal

tahun kelima Hijrah 627 M. Ia juga dikenali

sebagai Perang Ahzab. Peperangan ini berpunca

daripada tindakan beberapa orang ketua kaum

Yahudi daripada Bani Nadir yang dibuang daerah

oleh Rasulullah s.a.w. dari bandar Madinah ke

Khaibar. Mereka ialah Salam ibn Abi al-Haqiq,

Salam ibn Miskam, Kinanah ibn Rabi dan Huyai

ibn Akhtab, yang telah menghasut kaum Quraisy

dan Bani Ghatfan supaya menyerang orang Islam.

Mereka juga berjanji memberi bantuan dalam

peperangan tersebut. Oleh itu, kaum Quraisy dan

suku Ghatfan mara dengan 10 000 orang tentera

untuk menyerang bandar Madinah. Apabila

Rasulullah s.a.w mengetahui berita tersebut,

Baginda mengarahkan orang Islam menggali parit

bagi menghalang kemaraan tentera kafir

memasuki bandar Madinah. Usaha ini

dicadangkan oleh Salman al-Farisi. Sementara itu,

orang Yahudi dari Bani Qurayzah telah melanggar

perjanjian mereka dengan orang Islam dan

memihak kepada kaum musyrikin.

UMUM 

Kembali ke atas