Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lan.jut.kan] | ملنجوتکن

Definisi : 1. menjadikan panjang atau berterusan, menyambung: kadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar menyingsing; ~ perundingan; 2. menambah lagi (pelajaran, pekerjaan, dll), meneruskan: Hindun ber­sungguh-sungguh benar hendak ~ pelajaran­nya lagi; semua yg hadir diminta datang ke gedung kesenian utk ~ perkenalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.jut.kan] | ملنجوتکن

Definisi : 1 menjadikan lanjut; memanjangkan: Ia berdoa supaya Tuhan ~ umur ibu dan bapanya. 2 menambah (pelajaran atau pengetahuan); meneruskan: Adiknya ~ pelajarannya ke Amerika Syarikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUNCH GUNALAN, DATUK

Punch Gunalan, Datuk (1944– ), pemain

badminton Malaysia. Dia lahir pada 2 April 1944 di

Selangor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah

King George V, Seremban, sebelum melanjutkan

pelajaran di Brighton Technology College, United

Kingdom pada tahun 1963. Dia mendapat kelulusan

ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada

tahun 1967.

UMUM 
MOHD. EUNOS ABDULLAH
 
MOHD. EUNOS ABDULLAH (1876-1933), pengarang akhbar dan aktivis masyarakat Singapura. Dua lahir di Singapura . Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Raffles Institution hingga berjaya dalam bidang perdagangan (1893-1894). Selepas tamat persekolahannya, dia bertugas di pejabat Master Attendant di Singapura dan kemudiannya memegang jawatan sebagai Syahbandar di Muar, Johor.
SASTERATokoh
SYED NASIR ISMAIL, TUN

Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh

bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan

awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat,

Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di

Government English School, Batu Pahat dan lulus

Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah

menamatkan pelajaran pada peringkat menengah,

dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus

Penolong Nazir sekolah-sekolah.

UMUM 
SUDIRMAN HAJI ARSHAD

Sudirman Haji Arshad (1954–1992) ialah

penyanyi Malaysia yang terkenal. Dia lahir pada 25

Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan mendapat

pendidikan di Pahang sehingga Tingkatan Enam dan

melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya pada

tahun 1976 sehingga memperoleh ijazah Sarjana

Muda Undang-undang pada tahun 1980. Dia

meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di Kuala

Lumpur.

UMUM 
SYED ALWI SYED SYEKH AL-HADI

SYED ALWI SYED SYEIKH AL-HADI (1892-1967), penulis dan tokoh kewartawanan. Beliau lahir pada 8 Ogos 1892 di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Syed Alwi ialah anak kepada Syed Syeikh al-Hadi. Syed Alwi mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Victoria Bridge School, Singapura, Raffles School dan Anglo Chinese School hingga lulus Darjah Tujuh (1914). Pada bulan Mei 1914, beliau melanjutkan pelajarannya di Othmaniah Islamiah College, Beirut dalam bidang pendidikan Arab selama setahun. Beliau turut melanjutkan pelajaran di Maktab Syrian Protestant, Syria (kini American University of Beirut) selama tiga tahun. Setelah tamat dari maktab ini, beliau memasuki Kolej Perubatan tetapi tidak sempat menamatkan pelajarannya kerana Perang Dunia Pertama.

SASTERATokoh
MOKHTAR DAHARI

Mokhtar Dahari (1953–1991) ialah pemain

bolasepak Malaysia. Nama penuhnya ialah Mohd.

Mokhtar bin Dahari. Dia lahir pada 13 November

1953. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah

Kebangsaan Jalan Kuantan, Kuala Lumpur.

Kemudiannya, dia melanjutkan pelajaran ke Victoria

Institution. Semasa menuntut di sana, dia telah

mewakili pasukan bola

sepak bagi peringkat

umur 13 dan 15 tahun

dalam pertandingan

Majlis Sukan Sekolah-sekolah

Selangor.

UMUM 
YUSOFF ZAKI YAACOBYUSOFF ZAKI YAACOB (1928-    ), penulis.   Dia lahir pada 13 Jun 1928 di Kota Bharu, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Yusoff bin Yaacob.  Ayahnya terkenal sebagai tuk guru, sementara ibunya adalah keturunan keluarga peniaga.  Yusoff mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri.  Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Majlis Agama Islam, Kelantan. Setelah tamat persekolahan, dia melanjutkan pelajarannya di Madrasah Muhammadiah Jamek Ismaili, iaitu salah sebuah sekolah agama swasta pertama yang mempunyai susunan kurikulum secara formal. Di samping itu, dia berpeluang berguru dengan tokoh ulama seperti Tuk Khurasan, Haji Ali Pulau Pisang dan Haji Ahmad Mahir sebelum dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Azhar, Mesir.SASTERATokoh
M. JEGATHESAN, DATO’ DR.

M. Jegathesan, Dato’ Dr. (1943– ), atlet dan

olahragawan Malaysia. Nama penuhnya ialah

Manikavasagam Jegathesan. Dia lahir pada 2

November 1943 di Ipoh, Perak dan mendapat

pendidikan di Sekolah Kebangsaan Batu Road, dan

melanjutkan pelajaran di Victoria Institution Kuala

Lumpur. Pada tahun 1956, dia menyambung

pelajaran di Sekolah Anglo Chinese, Singapura.

Pada tahun 1961 hingga 1967, dia memasuki

Universiti Singapura dan memperoleh ijazah dalam

bidang perubatan. Pada tahun 1971, dia

menyambung pelajaran di England dan

memperoleh diploma Patologi.

UMUM 
YAHYA AHMAD, TAN SRIYAHYA AHMAD, Tan Sri (1947-1997), ahli korporat. Dia lahir di Dungun, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga tahun 1966.  Semasa di bangku sekolah, dia aktif dalam sukan ragbi dan pasukan kadet.  Yahaya pernah mengajar di Sekolah Bukit Besi, Dungun sebelum melanjutkan pelajarannya di Loughborough College, England, pada tahun 1967. Dia mengambil jurusan kejuruteraan automotif dan lulus pada tahun 1970.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOKHTAR YASSIN

MOKHTAR YASSIN (1937-    ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 29 Mac 1937 di Sungai Rambai, Melaka. Dia menerima pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum melanjutkan pelajaran di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim (1956) dan Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (1959). Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera. Dia juga berkesempatan mengikuti Kursus Penilaian Sekolah di Australia Council for Educational Research, di Melbourne.

SASTERATokoh
12345678910...

Kembali ke atas