RINITIS | Rinitis ialah keradangan membran mukus yang melapisi hidung. | UMUM | |
PERITONITIS | Peritonitis ialah keradangan peritoneum , iaitu membran nipis yang melapisi rongga abdomen. Ia merupakan sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Peritoneum boleh menjadi radang jika diserang oleh bakteria atau direngsa oleh bahan asing. | UMUM | |
PLEURISI | Pleurisi ialah istilah umum bagi radang pleura iaitu membran yang melapisi bahagian dalam dada dan menutupi paru-paru. | UMUM | |
EPITELIOMA | Epitelioma ialah sebarang tumor pada epitilium, iaitu tisu yang melapisi rongga badan dan meliputi permukaan badan dan organ dalaman. | UMUM | |
ASTENOSFERA | Astenosfera, lapisan dalam bumi yang melapisi sebelah bawah litosfera yang bersifat sebagai lapisan pejal yang mulur. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sifat/Keadaan |
ABDOMEN | Abdomen ialah rongga badan di antara toraks (dada) dengan rongga pelvik. Dinding otot yang kuat, dikenali sebagai diafram, memisahkan abdomen dari toraks. Tetapi tidak ada struktur yang memisahkan abdomen dari rongga pelvik. Organ abdomen terdiri daripada perut, hati, pankreas, usus, ginjal, kelenjar adrenal dan limpa. Membran nipis yang dikenali sebagai peritoneum melapisi seluruh rongga abdomen dan melitupi kebanyakan organ abdomen. | UMUM | |
APENDISITIS | Apendisitis ialah radang apendiks vermiform (lihat Apendiks ). Ia terjadi akibat jangkitan bakteria. Apendiks menjadi bengkak dan berisi nanah. Nanah mungkin terkumpul dan menyebabkan abses. Atau apendiks mungkin pecah, menyebabkan jangkitan merebak ke organ badan di sekelilingnya. Ia juga boleh menyebabkan peritonitis , radang selaput yang melapisi rongga abdomen (lihat Peritonitis ). | UMUM | |