Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.rang] | ملارڠ

Definisi : menahan drpd melaku­kan sesuatu, tidak membenarkan (meng­izinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.rang] | ملارڠ

Definisi : menegah supaya tidak melakukan sesuatu; tidak mengizinkan: Ibunya ~ dia pergi mandi di lombong itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melarang

Puisi
 

Pergi seberang berangan-angan,
     Membeli ikan ditimbang kati;
Banyak orang melarang jangan,
     Saya seorang mengikut hati.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THEODOSIUS I

Theodosius I (346–395 M.) ialah maharaja Rom

yang melarang semua amalan pagan (bukan

Kristian) di Empayar Rom. Baginda terkenal di

kalangan penganut Kristian sebagai “yang Agung”.

Walau bagaimanapun, baginda merupakan

seorang pemerintah yang berpandangan cetek dan

telah melemahkan empayar dengan mewujudkan

banyak jawatan baru kerajaan dan menaikkan

cukai. Empayar Rom berpecah selama-lamanya

kepada empayar barat dan timur apabila

Theodosius mewasiatkan supaya empayar tersebut

dibahagikan di antara dua orang puteranya,

Honorius dan Arcadius.

UMUM 
SAKSI

Saksi ialah orang yang memberi testimoni

semasa prosiding kehakiman, perundangan atau

pentadbiran. Testimoni ini diberi sesudah saksi

mengangkat sumpah, atau sekiranya agama saksi

melarang amalan mengangkat sumpah, saksi

bolehlah berikrar berkata benar. Orang yang

menandatangani surat cara undang-undang,

contohnya surat wasiat atau surat ikatan, yang

disempurnakan di hadapan saksi, juga merupakan

saksi.

UMUM 
AKTA KILANG

Akta Kilang melindungi orang yang bekerja di

kilang di Britain. Akta Kilang 1961 yang

menggantikan akta kilang yang sebelumnya,

meliputi semua keadaan kerja di kilang. Akta

tersebut melarang kesesakan, menetapkan piawai

kebersihan, dan memperuntukkan pengalihan

udara dan cahaya yang mencukupi, dan suhu kerja

160º .

UMUM 
MUQTADIY BI AMRI ALLAH, AL-

Muqtadiy bi Amri Allah, al- (448 H.–487 H./

1056 M.–1094 M.), khalifah kerajaan Bani

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn

Muhammad al-Qa’im bi Amri Allah ibn al-

Muqtadir. Dia lahir dan dibesarkan di Baghdad.

Datuknya, al-Qa’im bi Amri Allah menjanjikan

jawatan khalifah kepadanya dan dia bergelar al-

Muqtadiy. Al-Muqtadiy bi Amri Allah dilantik

sebagai khalifah selepas kematian datuknya pada

tahun 467 H./1074 M. ketika berumur 18 tahun. Dia

berusaha memulihkan keadaan kota Baghdad

dengan mengeluarkan perintah agar dihapuskan

penyanyi serta perosak negara, melarang

pengurungan burung, melarang pembuangan air

mandi ke Sungai Dajlah dan menggalakkan

rakyatnya menggali telaga untuk mendapatkan air.

Dia juga melarang percampuran bebas antara

lelaki dengan perempuan dalam mempamerkan

kecantikan. Al-Muqtadiy bi Amri Allah juga

meminati sastera dan syair. Zaman

pemerintahannya aman dan makmur. Dia

meninggal dunia secara mengejut di Baghdad.

UMUM 
REVOLUSI GEMILANG

Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688

bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di

England dan melantik William III dan Mary II

sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan

hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap

takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun

l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang

Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman

Katolik daripada menaiki takhta dan melarang

seseorang raja daripada menangguh undang-undang,

mengekalkan angkatan tentera ketika

aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan

Parlimen.

UMUM 
KEBANGKITAN TERENGGANU

KEBANGKITAN TERENGGANU, penentangan terhadap peraturan baharu yang diperkenalkan oleh pentadbiran British di Terengganu. Peraturan baharu tersebut termasuklah mewajibkan mengambil pas dan membayar 50 sen setahun sebelum membuka atau membersihkan tanah, membuat petempatan sementara, melarang memburu binatang tanpa lesen, tidak boleh membawa senjata, dan membayar cukai tanah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU

ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan  antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari ‘nagari’ (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta.

 

BUDAYAKonsep
AMISH

Amish tergolong dalam kumpulan Protestan yang

berasal dari Switzerland, tetapi kini berpusat di

Amerika Syarikat dan Kanada. Mereka juga dikenali

sebagai Old Order Amish . Amish mengajar tentang

kehidupan yang terpisah daripada dunia. Ahli-ahlinya

dilarang pergi berperang, mengangkat sumpah, atau

memegang jawatan awam. Doktrin mereka

menghendaki mereka bertani dan menjalani

kehidupan ringkas. Kaum lelaki Amish menyimpan

janggut dan memakai topi bertepi lebar manakala

kamu wanita memakai gaun labuh dan topi bonet.

Ahli-ahli bertemu di rumah mereka setiap dua

minggu untuk bersembahyang. Mereka membajak

tanah dengan kuda, dan Ordnung (kitab) mereka

melarang mereka menggunakan kuasa elektrik serta

telefon. Mereka mengehadkan pendidikan setakat

usia 15 tahun. Mereka yang mengingkari Kitab

Perjanjian Lama biasanya menyertai golongan

Mennonite (lihat Mennonite ).

UMUM 
AYE-AYE

Aye-aye ialah haiwan kecil bak tupai di

Madagascar. Ia tergolong dalam kumpulan yang

dinamakan lemur . Aye-aye berwarna perang, kira-

kira sebesar arnab. Ia mempunyai mata dan telinga

yang besar. Ia paling aktif pada waktu malam,

apabila ia memburu serangga untuk dimakan. Aye-

aye menggunakan jari ketiganya yang panjang dan

halus untuk mengeluarkan serangga pengorek dari

lubang di dalam batang pokok. Pada siang hari,

aye-aye bersembunyi di sarangnya daripada

ranting yang dibina dalam pokok di hutan. Aye-aye

adalah spesies yang terancam. Pertumbuhan

kampung memusnahkan hutan yang diperlukan

oleh haiwan ini untuk hidup. Kerajaan Madagascar

melarang pemburuan aye-aye, dan mewujudkan

beberapa hutan simpanan untuk melindungi

spesies ini.

Pengelasan saintifik. Aye-aye ialah ahli order Primat.

Ia membentuk familinya sendiri, Daubentoniidae

merupakan satu spesies Daubentonia madagascarienis .

UMUM 

Kembali ke atas