Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ris.kan] | ملاريسکن

Definisi : menyebabkan jadi laris: pem­bongkaran kisah rumah tangga Ahmad barangkali boleh ~ penjualan surat khabar itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ris.kan] | ملاريسکن

Definisi : menyebabkan banyak dibeli orang (bkn barang jualan): Utk ~ barang-barangnya, tauke itu mengadakan jualan murah pd tiap-tiap tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melariskan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUSUKKapsyen          ;           Cara pemakaian susuk

 

SUSUK, sejenis azimat atau ilmu yang menggunakan jenis logam dan ayat jampi untuk menimbulkan seri wajah, melariskan perniagaan, kekebalan badan serta memikat hati orang ramai terhadap pemakainya. Susuk merupakan suatu bentuk  ilmu kebatinan yang sering diamalkan oleh orang Melayu sejak zaman tradisional.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas