Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.cur] | ملچور

Definisi : melepuh (spt kulit kena air panas), mengelupas, menggelembung dan berair (kulit): tidak dapatlah dikatakan dahsyatnya kesakitan yg dideritanya, badan­nya ~ seluruhnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.cur] | ملچور

Definisi : mengelupas (spt kulit kena air panas); menggelembung dan berair (ttg kulit); melepuh: Kulit tangannya ~ kerana terkena minyak panas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lecur
Kata Terbitan : melecur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERBAKAR DAN MELECUR

Terbakar dan melecur ialah antara

kecederaan yang paling serius dan menyakitkan.

Biasanya luka terbakar terjadi disebabkan terkena

pakaian atau bahan lain yang terbakar atau terkena

elektrik atau bahan kimia seperti asid. Kecederaan

yang disebabkan oleh air panas atau cecair atau

wap panas juga dikenali sebagai melecur .

Luka terbakar boleh menjejaskan semua sistem

tubuh. Luka terbakar yang serius boleh

merosakkan sebahagian besar kulit. Ia juga

mengganggu peredaran darah, fungsi beberapa

organ, dan kemampuan tubuh untuk melawan

jangkitan.

UMUM 
DERMATITIS

Dermatitis ialah radang kulit yang menyebabkan

gatal atau melecur. Ia menyebabkan kemerahan,

bengkak, lepuh, meleleh, kulit kasar atau kulit

bersisik. Ia mungkin disebabkan oleh geseran,

kepanasan, kesejukan, atau sinaran matahari.

Walau bagaimanapun, agen kimia adalah paling

biasa menyebabkan dermatitis.

UMUM 
ASID HIDROKLORIK

Asid hidroklorik ialah bahan kimia berbahaya

yang mempunyai banyak kegunaan industri yang

penting. Asid ini ialah cecair yang tidak berwarna

dengan bau yang merengaskan. Asid ini

membentuk wasap apabila didedahkan pada

udara, bersifat sangat menghakis dan boleh

menyebabkan luka melecur yang teruk.

UMUM 

Kembali ke atas