Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.kap] | ملکڤ

Definisi : 1. melekat (pd), tertampal (pd): kedua-dua tapak tangannya ~ ke daun pintu; 2. merapat, mendekat: muka anak itu ~ di dada ibunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kap] | ملکڤ

Definisi : 1 melekat; menempel: Cicak dpt ~ di dinding. 2 tidak berenggang; berdekatan: Jika ada tetamu, anak itu asyik ~ pd emaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekap
Kata Terbitan : melekap, melekapkan, terlekap,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MARSUPIAL

Marsupial ialah mamalia yang melahirkan

anaknya dalam keadaan belum matang. Anak yang

baru lahir membesar dalam keadaan melekap pada

salah satu puting ibunya dan mendapat makanan

semata-mata daripada susu ibunya.

UMUM 
SPAN

Span ialah haiwan yang hidup di dasar lautan dan

lain-lain kumpulan air. Span tidak mempunyai

kepala, lengan, atau organ dalaman. Ia hidup

melekap pada batu-batan, tumbuh-tumbuhan dan

lain-lain objek di bawah permukaan air. Span

dewasa tidak bergerak dari satu tempat ke tempat

lain, dan banyak span kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan.

Oleh sebab ini manusia dahulunya

menganggap span sebagai tumbuh-tumbuhan.

Tetapi kini, ahli sains mengelaskan span sejenis

haiwan. Seperti kebanyakan haiwan, span memakan

makanan. Span tidak dapat membuat makanannya

sendiri, sebagaimana tumbuh-tumbuhan.

UMUM 
ARBORVITAE

Arborvitae ialah nama pokok malar

hijau tertentu yang merupakan tumbuhan asli timur

Asia dan beberapa bahagian Amerika Utara. Pokok

ini mempunyai daun kecil bak sisik yang tumbuh

melekap pada dahan. Ia mengeluarkan banyak kon

kecil. Oriental arbovitae , spesies yang merupakan

tumbuhan asli di utara China, ditanam di

sesetengah taman. Pokok ini tumbuh setinggi 12

meter, tetapi ramai pekebun mencantasnya sampai

tiga meter atau kurang. Dua spesies arborvitae

Amerika Utara biasanya dikenali sebagai sedar

putih utara dan sedar merah barat .

Pengelasan saintifik. Arborvitae terdiri daripada

genus Thuja dalam famili sipres, Cupressaceae .

Arborvitae oriental ialah Arbutus unedo .

UMUM 
SIPUT UNAM

Siput unam ialah nama biasa bagi beberapa

spesies siput kecil di pantai laut. Siput unam yang

terkenal ialah siput unam biasa di utara Eropah

dan di pantai Atlantik di Amerika Utara. Siput

unam ini melekap pada batu-batan di antara paras

air pasang dengan air surut. Cangkerangnya yang

tebal, berpilin berwarna perang kekelabuan atau

hampir hitam. Panjangnya boleh mencapai kira-kira

4 sentimeter.

UMUM 
POSUM

Posum ialah mamalia berbulu yang hidup di atas

pokok di Australia, New Guinea dan pulau-pulau

yang berhampiran. Posum adalah marsupial , iaitu

haiwan betina melahirkan anak yang benar-benar

tidak matang, yang melengkapkan pembesarannya

semasa melekap pada puting ibunya. Seperti

kebanyakan marsupial, anak posum membesar

semasa dikendong ke sana sini dalam kantung

pada abdomen ibunya. Posum dan oposum adalah

marsupial, tetapi ia tidak berkaitan rapat. Posum

berserta cuscus membentuk sekumpulan mamalia

yang dikenali sebagai phalanger (lihat Cuscus ).

UMUM 
SAKAT

SAKAT (Asplenium nidus daripada famili polypodiaceae), tumbuhan epifit yang kebanyakannya tergolong dalam kumpulan orkid, paku-pakis, herba atau pokok renek yang memanjat secara melekap pada pokok besar.  Tumbuhan ini terdiri daripada beberapa jenis seperti sakat batu, sakat bawang dan sakat gajah.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas