Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.kat.kan] | ملکتکن

Definisi : 1. menjadikan melekat, menam­palkan: ~ label pd botol ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran (pangkat, bintang, dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana; 4. menanam (modal, wang) dlm perusahaan atau dgn membeli barang-­barang berharga: wangnya dilekatkan pd barang-barang emas; 5. menghalakan pan­dangan (perhatian dll), menetapkan pandangan dll; 6. mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dll) pd, membubuh; 7. memukulkan (tangan, kayu, dll): kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pd budak itu; 8. menaruh (hati), memautkan (hati): ~ hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan, menghidupkan (api): ~ api kpd rumput-rumput kering di belakang rumahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat.kan] | ملکتکن

Definisi : 1 menjadikan sesuatu melekat pd; menempelkan: Ia sedang ~ gambar-gambar itu pd dinding. 2 mengenakan pakaian; memakai: Bapanya ~ baju tebal lalu pergi. 3 mengenakan pukulan; memukulkan (tangan, kaki dsb): Kerana terlalu marah, ia ~ tangannya pd anaknya. 4 menanam modal dlm perusahaan atau membeli barang-barang berharga: Wangnya dilekatkannya pd tanah getah. 5 menumpukan atau menghalakan perhatian atau pandangan: Dia ~ pandangannya pd gadis yg berbaju biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melekatkan

Peribahasa

Meletakkan (= melekatkan) api di bubungan (di bumbung).

Bermaksud :

Sengaja mencari bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKU

Paku ialah pelekat yang paling meluas digunakan

untuk melekatkan sekeping papan dengan papan

yang lain. Paku juga boleh digunakan untuk

mencantumkan papan dengan bahan-bahan, seperti

kain, kepingan logam, dan wayar. Paku batu boleh

melekatkan bahan-bahan pada bata dan konkrit.

UMUM 
PEREKAT

Perekat ialah bahan yang melekatkan

permukaan. Perekat, yang termasuk bahan seperti

simen, epoksi, glu dan pes, digunakan dengan

meluas dalam industri dan di rumah. Ia

memainkan peranan penting dalam pembuatan

kapal terbang, kereta, buku, dan perabot dan

dalam pembinaan bangunan dan jalan raya. Ramai

orang menggunakan epoksi dan glu untuk

melakukan kerja pembaikan mudah di rumah.

UMUM 
TENDON ACHILLES

Tendon Achilles ialah tendon di belakang

pergelangan kaki. Ia melekatkan otot betis pada

tulang tumit. Jika terluka, seseorang tidak dapat

berlari, dan sukar berjalan, dan tidak dapat berjengket.

Namanya berasal daripada legenda Yunani tentang

Achilles. Lihat juga Achilles; Tendon.

UMUM 
REMORA

Remora ialah ikan yang mempunyai penyedut di

atas kepalanya yang digunakan untuk melekatkan

dirinya pada haiwan laut yang lebih besar. Remora

hidup di laut panas hingga ke laut tropika.

Panjangnya kira-kira 15 sentimeter hingga 110

sentimeter.

UMUM 
TENDON

Tendon , yang juga dikenali sebagai sinew, ialah

korda yang kuat, berwarna putih yang melekatkan

otot pada tulang. Otot menggerakkan tulang dengan

menarik tendon. Tendon adalah satu berkas banyak

serat yang liat. Sesetengah tendon berbentuk bulat,

yang lain berbentuk panjang atau leper. Satu hujung

tendon muncul daripada satu hujung otot. Hujung

satu lagi terjalin dalam bahan tulang. Tendon ini

boleh menggelongsor ke atas dan ke bawah di dalam

selaput tisu berserat, sebagaimana tangan bergerak

dalam lengan baju. Tendon dan selaput dikekalkan di

tempatnya oleh tisu penghubung yang dikenali

sebagai ligamen . Tendon yang terpotong boleh

dicantumkan semula (dijahit). Penyembuhannya

mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih.

Lihat juga Tangan; Tendon Achilles; Tubuh

manusia (gambar: Ligamen dan tendon).

UMUM 
MUSILAJ

Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit,

yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di

dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis

pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan

kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj

berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang

dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj

gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada

larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh

digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca.

Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji)

dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan

musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan

gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj.

Lihat juga Gam arab; Glu.

UMUM 
TEMBIKAI

Tembikai ialah nama buah daripada beberapa

jenis tumbuhan yang tergolong dalam famili labu.

Tembikai hanya hidup untuk satu musim. Daun dan

batangnya berbulu. Batangnya yang menjalar atau

memanjat melekatkan dirinya dengan sulur paut

pada benda yang dipanjatnya. Sulur paut ialah

daun yang diubahsuai yang kelihatan seperti

gelang kecil wayar. Tembikai sebenar adalah bulat

atau berbentuk seperti telur. Saiz dan teksturnya

sangat berbeza-beza. Lebarnya mungkin 30

sentimeter atau lebih dan beratnya dari 1 hingga 4

kilogram. Warna buahnya berbeza-beza daripada

samar kesumba dan kuning hingga kepada hijau

muda atau hijau gelap. Isinya berair dan berwarna

hijau, putih, kuning, jingga, samar, atau merah.

UMUM 
TERITIP

Teritip ialah kerang-kerangan air masin yang

melekat pada objek dalam air. Teritip didapati pada

cerucuk dermaga, batu-batan, penyu, paus, dan

bahagian bawah kapal. Jurutera marin telah

menghabiskan banyak masa membuat eksperimen

untuk mencari cara mencegah teritip daripada

melekatkan dirinya pada kapal dan dermaga.

UMUM 

Kembali ke atas