Naga terbang ialah nama yang biasanya diberi kepada cicak terbang di tenggara Asia dan Hindia Timur. Ia membesar sepanjang kira-kira 20 sentimeter. Ia sebenarnya tidak terbang, tetapi meluncur dengan menggunakan lipatan kulit yang mengembang pada rusuknya. Naga terbang tinggal di atas pokok dan meluncur dari pokok ke pokok untuk mencari makanan atau untuk mengelakkan musuhnya. Semasa berehat, ia melipatkan “sayap” pada sisi badannya. Pada musim mengawan, serangga jantan mengembangkan “sayap” yang berwarna terang untuk menarik perhatian serangga betina. |